Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Raya Riuh Cinta Abang Ninja Van


SYARIKAT logistik berteknologi terkemuka, Ninja Van Malaysia  telah mengeluarkan sebuah iklan raya, Raya Riuh Cinta yang menyentuh hati bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Raya Riuh Cinta tersebut menceritakan kisah bagaimana kehidupan seorang penghantar Ninja Van Malaysia mengalami perubahan positif setelah berjumpa dengan kekasihnya secara tidak sengaja semasa membuat penghantaran.

Ia bukan sekadar memaparkan kegembiraan dan kesedihan yang dilalui menerusi pekerjaan sebagai penghantar, tetapi juga mencerminkan pengalaman ramai pemandu penghantaran yang memainkan peranan penting dalam operasi Ninja Van Malaysia, bagi menyampaikan kegembiraan satu bungkusan pada satu masa.

Ketua Pemasaran di Ninja Van Malaysia, Low Vway Huan, berkata, pihaknya ingin merakamkan terima kasih kepada para penghantar dan rakan perniagaan yang memberi sorotan kepada usaha gigih wira yang tidak didendang ini.

"Kami berharap untuk menyebarkan mesej yang memberi tumpuan kepada kasih sayang keluarga dan rasa syukur kepada insan tersayang.

"Sama seperti keluarga yang sentiasa ada dalam keadaan susah dan senang, kami ingin menyatakan sokongan yang teguh daripada Ninja Van Malaysia kepada para penghantar kami atas komitmen mereka yang tidak pernah lentur, tidak kira hujan mahupun panas," katanya.

Kisah menarik Raya Riuh Cinta bermula dengan seorang penghantar muda Ninja Van Malaysia yang dilakonkan oleh Fimie Don, di mana takdir menemukan penghantar ini dengan jodohnya, lakonan Ayunie Rizal.

Cinta mereka mula berputik dan memaparkan gambaran-gambaran kehidupannya buat beberapa tahun. Pada pengakhiran video, jalan cerita menyaksikan kehadiran berterusan Ninja Van sebagai teman setia dalam hidupnya bagi memastikan setiap penghantaran dapat dilengkapi, dan para penghantar rasa dihargai seperti keluarga sendiri.

Tambah Vway Huan lagi, pemilihan bakat yang sesuai untuk Raya Riuh Cinta itu dibuat dengan teliti untuki memastikan apa yang ingin disampikan menerusi kisah terbabit sampai kepada penonton.

"Kami merasakan pemilihan Fimie Don adalah keputusan terbaik memandangkan kebolehan lakonan dan popularitinya dalam kalangan generasi muda.

"Begitu juga dengan Ayunie Rizal yangt menjadi gandingan bersesuaian dengan naratif visual kami, sekali gus menyumbang kepada kejayaan keseluruhan video," katanya.

Iklan Raya Ninja Van itu dihasilkan dengan kerjasama DJ Fuzz, rapper dan pengasas Mixology Media, yang menampilkan penceritaan menarik dengan latar belakang muzik hip hop.

Melalui kerjasama tersebut, Ninja Van Malaysia berharap video raya berkenaan dapat menghiburkan penonton sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Raya Riuh Cinta boleh ditonton di saluran YouTube Ninja Van Malaysia. - 7KLIK



[KREDIT: Ninja Van - Terima kasih Nik Faris]



Post a Comment

0 Comments