OLEH: Aileen Adam
BUKAN sahaja bakat dan kecantikannya yang sentiasa menjadi soroton umum, tetapi personaliti serta keperibadian dimiliki Jennie Blackpink turut menjadi bualan.
Terbaharu Jennie mendapat pujian ramai ketika membuat penampilan di acara Minggu Fesyen Paris 2024 pada 6 Mac lalu, apabila mempamerkan sikapnya yang polos dan rendah hati.
Meskipun bergelar bintang global dengan populariti total yang tidak terbantahkan sesiapaun, Jennie dikatakan masih kekal dengan sikap itu dan sentiasa sopan dalam percakapannya pada sesiapa sahaja yang ditemui.
Malah bintang yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya ke-28 pada Januari lalu itu dilihat cukup santai memperkenalkan dirinya sebagai Jennie, setiap kali menyapa tetamu yang baru dikenalinya di acara itu.
"Senang bertemu dengan anda, saya Jennie." ucapnya dalam salah satu petikan video yang viral di laman sosial ketika hadir pada acara itu.
Caranya memperkenalkan diri itu, seperti dia hanyalah orang biasa yang tidak dikenali ramai, sedangkan siapa saja yang masih tidak kenal dengan duta jenama mewah Chanel yang cukup berpengaruh dan mempunyai 83 juta orang pengikut di Instagram itu.
Mungkin disebabkan itulah ramai yang selesa untuk mendekati dan berinteraksi dengan pelantun lagu Solo dan You And Me itu. Malah sebaik masuk ke ruang acara, Jennie disapa ramai tetamu termasuk Margaret Qualley yang turut mengajaknya berbual.
Bukan hanya peminat, tetapi personaliti Jennie itu juga sering mendapat pujian daripada ramai selebriti, terutama yang pernah bekerjasama dengannya seperti Dua Lipa, Lily Rose Depp, Lee Hyori, Yoo Jae-suk, barisan pelakon Apartment 404 (sekadar menyebut beberapa nama) yang menyifatkan dia mempunyai hati polos dan tidak sombong dengan populariti dimiliki sebagai bintang global.
Barangkali mereka yang suka mengirimkan komen-komen negatif dan membenci Jennie di media sosial itu salah faham atau terpengaruh dengan cerita-cerita tidak benar yang bertujuan untuk menjatuhkannya.
Apa-apa pun, idol yang kini memiliki labelnya sendiri, Odd Atelier itu semakin rancak mengatur aktiviti solonya. Hari ini, Jennie baru sahaja melancarkan single Slow Motion, sebuah kolaborasi bersama penyanyi Matt Champion yang turut menyaksikan penglibatannya sebagai komposer dan penulis lirik.
Tidak hanya itu, idol sensasi kesayangan ramai itu turut sibuk dalam pembikinan album baharu yang khabarnya akan menemui peminat tidak lama lagi.
Sementara aktivitinya sebagai anggota Blackpink bersama Jisoo, Rose dan Lisa masih diuruskan oleh agensi lamanya, YG Entertainment yang khabarnya sedang membuat pelbagai perancangan untuk comeback mereka akan datang. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
Sementara aktivitinya sebagai anggota Blackpink bersama Jisoo, Rose dan Lisa masih diuruskan oleh agensi lamanya, YG Entertainment yang khabarnya sedang membuat pelbagai perancangan untuk comeback mereka akan datang. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments