Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Konsert Star On Fire ditangguhkan, peminat Hrithik Roshan kena tunggu tarikh baharu



KUALA LUMPUR: Konsert Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 1 Disember ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak. Penangguhkan tersebut terpaksa dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Wakil penganjur, Yess Boss Group menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, pihaknya akan menacri tarikh baharu yang bersesuaian untuk persembahan tersebut kelak.

"Pemegang tiket yang dihormati, dukacita dimaklumkan bahawa acara amat dinantikan, Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert yang sepatutnya berlangsung pada 1 Disember ini terpaksa ditangguhkan atas sebab yang tak dapat dielakkan.

"Kami sedang berusaha untuk mendapatkan tarikh baharu dengan artis," ujar kenyataan tersebut.


Pihak penganjur turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan memberi jaminan akan memulangkan semula bayaran tiket yang sudah dibeli berikutan penangguhan tersebut.

"Memandangkan acara itu ditangguhkan, kami sudah memperkemaskan proses bayaran balik dengan kerjasama ejen tiket," katanya.

Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert sepatutnya menampilkan barisan artis popular Bollywood yang terdiri daripada Hrithik Roshan, Malika Arora, Vaani Kapoor dan Sanya Malhotra. - 7KLIK


Post a Comment

0 Comments