TIADA yang lama, maka tiada yang baharu. Begitu jugalah dengan perkembangan industri hiburan tanah air yang sentiasa menghargai sumbangan barisan artis lama yang pernah atau masih lagi mewarnai dunia seni.
Meski bakat baharu hadir silih berganti, jasa dan pengaruh artis-artis lejen ini tetap diingati disebabkan lagu-lagu mereka yang sentiasa malar segar merentas zaman. Namun mungkin disebabkan sudah jarang tampil membuat persembahan di kaca TV, generasi muda tidak begitu mengenali mereka, apatah lagi mengetahui tentang sumbangan mereka kepada industri.
Justeru, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil inisiatif dengan menampilkan program bual bicara baharu berjudul Borak Lejen untuk memberi peluang kepada mereka berkongsi pengalaman dan perjalanan seni yang pernah dilalui.
Program terbitan Unit Hiburan TV RTM itu telah mula bersiaran dengan episod pengenalannya pada 19 November lalu, diikuti setiap Ahad, jam 11 pagi di TV2.
A Rahman Onn |
Borak Lejen yang dikendalikan Raja Azura sebagai hos akan menampilkan barisan tetamu istimewa yang terdiri daripada nama-nama besar yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam industri hiburan tanah air.
Antaranya ialah Salih Yaacob, Datuk Jeffrydin, Datuk Khatijah Ibrahim, Uji Rashid, AR Badul, Datuk Francissca Peter, Datuk Andre Goh, Fauziah Latiff, Rani Kulup, Datuk Zamery Amera dan Melissa Francis, Datuk Sarbanun Marican, Ayai Illusi dan A. Rahman Onn.
Pengisian program berdasarkan kisah dan pengalaman hidup artis terlibat. Begitu juga perkongsian pengalaman dan cerita terbaharu artis pilihan setiap minggu.
Francissca Peter (kiri) dan Fauziah Latiff |
Melalui paparan kisah hidup yang diceritakan sendiri oleh tetamu, Raja Azura akan turut membawa penonton menyelami isu yang mereka alami dan lalui agar penonton mendapat gambaran lebih jelas.
Penonton dibawa bersama-sama mengikuti tiga segmen diperkenalkan dalam setiap episod bermula dengan segmen pertama iaitu pengenalan program oleh hos, sembang artis dan persembahan daripada artis jemputan.
Menyusul kemudiannya segmen kedua iaitu ‘campak belakang’ yang akan menmceritakan tentang karier seni artis terlibat. Akhir sekali program dimeriahkan dengan persembahan solo atau duet artis jemputan dan kemuncaknya acara penutup program persembahan nyanyian artis-artis yang memeriahkan program ini. - 7KLIK
ARTIKEL BERKAITAN: siaran-khas-musim-perayaan-di-discovery
ARTIKEL BERKAITAN: warner-bros-discovery-announces
ARTIKEL BERKAITAN: the-flash-premieres-august-25-on-hbo-go
[KREDIT: RTM]
0 Comments