Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dolla viral gara-gara menari di Bukit Bintang



KUMPULAN wanita popular, Dolla terus mencipta sensasi apabila tampil dengan single terbaharu, Damelo yang berjaya mencuri perhatian ramai.

Sejak mula membuat kemunculan kali pertama pada 2019, Dolla yang dianggotai Tabby, Sabronzo, Angel dan Syasya berjaya mencipta populariti seiring bakat dan imej yang selari dengan muzik dibawa.

Sentiasa mengikuti peredaran muzik semasa, Dolla tekad untuk terus menyajikan peminat muzik tempatan dengan karya atau lagu yang lebih segar.

Single Damelo yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini sekali lagi trending dan menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat muzik.

Muzik video lagu tersebut berjaya menduduki tangga teratas carta trending di YouTube dan YouTube Music.

Sementara di Spotify menyaksikan Damelo memasuki playlist New Music Friday di beberapa buah negara seperti Korea, Singapore, Thailand, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

Lebih menarik bersempena pelancaran Damelo, Dolla secara eksklusif mempersembahkan video muzik lagu tersebut yang berdurasi 15 saat di Billboard WOLO, Bukit Bintang, sekali gus menjadi satu inisiatif yang cukup membanggakan buat syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

Tidak hanya itu, Dolla yang terkenal dengan kelincahan ketika membuat persembahan turut menari di hadapan Billboard di lintasan jalan kaki di Bukit Bintang.

"Ini adalah salah satu rangka promosi bagi menghangatkan lagi single terbaharu Dolla. Selain video 15 saat Dolla Damelo MV di Billboard WOLO Bukit Bintang, mereka juga menari di hadapan Billboard di lintasan pejalan kaki.

"Inisiatif ini juga daripada Dolla sendiri untuk meuar-uarkan sekali gus menzahirkan rasa bangga mereka apabila MV Damelo ditayangkan di Billboard.

"Apatah lagi, kawasan itu juga tumpuan orang ramai termasuk pelancong luar negara," kata wakil Universal Music Malaysia.


Dalam masa sama, inisiatif yang dilancarkan ini juga bersempena dengan kempen TikTok challenge #DollaDamelo.

Nantikan juga video yang merakamkan segala aktiviti Dolla dalam rangka mempromosikan single Damelo yang bakal disiarkan di saluran YouTube mereka. - 7KLIK

















Post a Comment

0 Comments