BENARKAN haiwan juga menghadapi situasi sukar dan mencabar dalam kehidupan seharian mereka? Jawapannya hanya akan anda perolehi apabila meluangkan masa menonton dokumentari bertajuk A Year In The Wild – Alaska & Yorkshire mulai 17 Ogos ini, setiap Isnin dan Selasa, pukul 12.05 tengah hari mengisi slot World Watch di TV1.
Lapan episod dokumentari yang dihoskan oleh David Suchet dan Sean Bean ini bermula dengan episod Spring menghuraikan kehidupan dan cabaran yang dilalui oleh kumpulan haiwan di Yorkshire, England.
Hos menceritakan tentang cabaran kehidupan binatang di musim bunga berbeza berbanding dengan musim sejuk bagi binatang seperti rusa, itik, helang, burung, tupai, helang, gagak, ular dan lebah. Hos juga menceritakan bagaimana binatang seperti ular, itik, burung, helang dan tupai mengadakan ‘mating season’ khususnya di musim bunga dan menjaga anaknya dengan berhati-hati.
Seterusnya dalam tajuk ‘Summer’ mengetengahkan kehidupan dan cabaran yang dihadapi oleh haiwan di Yorkshire, England.
Hos menceritakan tentang cabaran kehidupan binatang di musim bunga berbeza berbanding dengan musim panas bagi binatang seperti rusa, itik, helang, burung, tupai, helang, gagak, ular dan lebah. Turut diceritakan bagaimana binatang seperti ular, itik, burung, helang, ‘penguin’ dan tupai mengajar anak-anaknya mencari makan dan melarikan diri dari musuh jika ada keperluan.
Seterusnya episod ‘Autumn’ tentang kehidupan dan cabaran yang dilalui oleh binatang di Yorkshire, England. Sean Bean bercerita mengenai cabaran kehidupan binatang di musim luruh berbeza berbanding dengan musim bunga bagi binatang seperti singa laut, kelawar, rusa, itik, burung, tupai, helang, dan lebah.
Hos juga menceritakan tentang bagaimana binatang kecil seperti ulat bulu, kelawar, labah-labah dan beratus ribu jenis ulat terdapat dalam sebuah gua di Taman Negara Yorshire.
Menyusul tajuk ‘Winter’ dimana Sean Bean menghuraikan kehidupan dan cabaran yang dihadapi oleh binatang di Yorkshire, England.
Hos menceritakan tentang cabaran kehidupan binatang di musim sejuk adalah paling susah dan menderita untuk terus hidup bagi singa laut, kelawar, rusa, itik, burung, tupai, helang dan lebah.
Hos juga menceritakan tentang bagaimana binatang menderita untuk mencari makanan semasa musim sejuk khususnya untuk binatang rusa, itik, burung, tupai dan kambing.
Episod sama ‘Winter’ bercerita kehidupan dan cabaran yang dilalui oleh haiwan di Alaska, Amerika Syarikat. Hos menceritakan tentang cabaran kehidupan binatang di musim sejuk adalah paling susah dan menderita untuk hidup seterusnya seperti ‘bison’, beruang kutub, serigala, musang, tupai, arnab, rusa, burung dan helang.
Hos juga menceritakan tentang bagaimana ikan paus (humpback whale) yang terdapat di lautan antartik sepanjang masa musim sejuk dan mencari ikan untuk dimakan.
Masih di Alaska, episod ‘Spring’ mengaitkan dengan cabaran yang dilalui oleh binatang di Alaska, Amerika Syarikat. Hos menceritakan tentang cabaran kehidupan binatang di musim bunga adalah berbeza jika dibanding dengan musim sejuk bagi binatang seperti ‘bison’, beruang, serigala, musang, tupai, arnab, rusa, burung dan helang.
Hos juga menceritakan bagaimana binatang seperti beruang, burung, helang dan tupai mengadakan ‘mating season’ khususnya di musim bunga dan menjaga anaknya dengan berhati-hati.
Akhir sekali dengan tajuk ‘Summer’ memaparkan kehidupan dan cabaran yang dilalui oleh binatang dan haiwan di Alaska, Amerika Syarikat. Hos menceritakan tentang cabaran kehidupan binatang di musim panas adalah berbeza jika dibanding dengan musim bunga bagi binatang seperti ‘bison’, beruang, serigala, musang, tupai, arnab, rusa, burung dan helang.
Hos juga menceritakan bagaimana binatang seperti beruang, burung, helang dan tupai menunggu untuk musim panas untuk mendapatkan makanan dengan lebih mudah.
[KREDIT: RTM]
0 Comments