RENTETAN kejayaan yang dimiliki dalam beberapa peringkat dari tahun ke tahun sehingga kini, Dato’ Alha Alfa telah merencanakan hasratnya untuk menerbitkan program realiti TV dibawah terbitan Alha Alfa Rich Legacy iaitu Malaysia Top MUA.
Tujuan dan objektif program ini dihasilkan adalah untuk menghargai bakat-bakat jurusolek yang bagaikan cendawan tumbuh di era ini. Profesion mereka sebagai jurusolek kini bukan sesuatu yang janggal di mata masyarakat mahupun dunia.
Kewujudan platform realiti program ini mampu memberi saingan yang sihat di kalangan jurusolek tanahair sekaligus meletakkan kepercayaan kepada masyarakat, bahawasanya profesion ini mampu memberi impak yang besar dalam industri kerjaya sebagai jurusolek.
Program Realiiti Malaysia Top MUA ini menampilkan lapan peserta yang dipilih untuk mengisi lapan episod penuh yang berdurasi 30 minit di kaca televisyen melalui siaran Astro Ria.
Pemilihan peserta ini berdasarkan beberapa peringkat, bermula dengan penghantaran penyertaan video make up selama 1 minit dengan menggunakan produk Alha Alfa iaitu Set Borderless. Penghantaran video dibuka pada 13 November sehingga 4 Disember 2019.
Keseluruhan episod yang akan dipaparkan ini akan di adili oleh juri yang dipilih dalam setiap episod. Program reality ini berkonsepkan tugasan mengikut tema yang akan diberikan kepada setiap peserta dan setiap episod akan berlaku penyingkiran.
Pembabitan negara Indonesia juga dapat dilihat apabila Malaysia Top MUA ini akan memaparkan episod 6 & 7 yang akan di bawa ke Bali dan Yogyakarta, Indonesia. Episod finale berlangsung di Malaysia, dan akan menempatkan 3 peserta teratas yang bakal merebut gelaran Jura, Naib Juara dan tempat ketiga.
Selaku penerbit yang merencanakan keseluruhan perancangan program realiti Malaysia Top MUA, Alha Alfa Rich Legacy juga menawarkan wang tunai RM50,000 sebagai jumlah kesuluruhan bagi tempat pertama, kedua dan ketiga.
Episod pertama program realiti ini bakal disiarkan setiap Sabtu di Astro Ria bermula 15 Februari 2020.
Di antara organisasi rasmi yang terlibat di dalam platform pengurusan program realiti Malaysia Top MUA ini adalah, pihak pengurusan media rasmi iaitu agensi Valet Chantek Media & Consultancy [VCMC] dan Majalah Digital Rasmi Intrend Malaysia.
Majlis pelancaran program realiti Malaysia Top MUA ini juga di sulami dengan perjanjian persefahaman diantara Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd bersama rakan kongsi VCMC bersama INTERMODA untuk pasaran produk Alha Alfa Cosmetic di Indonesia.
Perasmian program Malaysia Top MUA ini juga diserikan dengan perhubungan awal bersama pihak stesyen televisyen MNC Indonesia. Pelawaan perancangan program Indonesia Top MUA untuk edisi ke 2 siaran di televisyen Indonesia di masa akan datang bakal dilaksanakan sejurus selesai program Malaysia Top Mua di Astro Ria.
Tentang Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd
Dalam sebuah perniagaan bukan mudah untuk membina tangga kejayaan sehingga dikenali dan sentiasa meniti di bibir para pengguna di Malaysia. Nama produk Alha Alfa Cosmetic bukanlah sesuatu yang asing lagi kini setelah empat tahun beroperasi apabila mengeluarkan pelbagai rangkaian produk solekan yang berkualiti tinggi dan berbaloi untuk dimiliki di pasaran.
Alha Alfa Rich Legacy telah ditubuhkan sekitar tahun 2015. Sebuah syarikat kosmetik yang bertapak di Kajang, Selangor kini menerajui pasaran di Malaysia dengan memperkenalkan penjenamaan Alha Alfa Cosmetic.
Memulakan langkah dengan menjual kanta lekap kemudian beralih kepada beberapa produk-produk kosmetik yang setanding dengan jenama- jenama antarabangsa. Penglibatan Alha Alfa Cosmetics di dalam industri ini mendapat sambutan yang menggalakan apabila semakin ramai pengguna menyakini produk yang dikeluarkan oleh Alha Alfa Cosmetic.
Selaku pengasas dan jurusolek profesional, Dato’ Alha Alfa Amat yakin apabila beliau sendiri mencipta dan mengkaji setiap ramuan dan intipati produk nya sendiri. Berbekalkan pengalaman sebagai profesion jurusolek tanahair, beliau yakin produk Alha Alfa Cosmetic yang dikeluarkan mendapat tempat di pasaran.
Terbukti langkah yang diambil beliau, Alha Alfa Cosmetics kini telah dikenali dengan dokongan para agent dan stokis juga outlet yang terdapat di beberapa tempat seperti Jakel Mall, Bangi, IOI Mall.
Sokongan dan dorongan ini juga dibantu oleh Puan Norhafaza Mohd Al Fadzil yang merupakan kakak beliau serta rakan kongsi yang memainkan peranan sebagai Pengurus Besar syarikat Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd.
Di awal pembabitan beliau bersama adiknya, Dato’ Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa, Puan Norhafaza menggalas tanggungjawab sebagai pengurus kepada Dato’ Alha yang mengendalikan hal ehwal jadual solekan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Kegigihan dan ketekunan mereka dalam meletakkan kepercayaan pengguna kepada kerja solekan, kini membuahkan hasil yang membanggakan apabila mewujudkan jenama sendiri Alha Alfa Cosmetic.
Kini mereka melebarkan sayap ke negara jiran, Indonesia bagi menawan pasaran kosmetik di negara tersebut bermula awal tahun 2020 bersama tulang belakang yang lain di dalam organisasi Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd.
Pencapaian Alha Alfa Cosmetics/Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd
Penjenamaan Alha Alfa Cosmetics ini berjaya mendapat tempat di hati pengguna apabila pelbagai inisiatif dan strategi pemasaran yang berkesan di jalankan oleh pihak Alha Alfa Cosmetics dengan menekankan tagline produk 'Perbezaan Itu Keunikan Kita'.
Menurut Dato’ Alha Alfa, keberkesanan meletakan strategi pemasaran dalam penjenamaan adalah untuk menyatakan penghargaan kepada pengguna-pengguna di Malaysia yang memilih produk beliau sebagai pilihan utama dalam solekan selain meraih keuntungan di dalam perniagaan.
Tidak hairanlah jika dilihat, pembabitan Alha Alfa Cosmetics boleh dilihat di arena pengiklanan televisyen tempatan, majalah serta platform digital memaparkan pandangan yang positif kepada produk keluran syarikat beliau.
Di antara kejayaan yang dicipta sebelum ini adalah penaja utama Anugerah Bintang Popular selama dua tahun bersama pihak Berita Harian & TV3. Terbaru, beliau telah dinobatkan sebagai Young Entrepreneur Of The Year 2019 dan Prestigious Young Leader IN Beauty Cosmetics Industry [most trusted cosmetic brand].
Penghormatan yang dikecapi ini memberi semangat kepada beliau untuk mengorak langkah setapak lagi. Perancangan terbaru Alha Alfa Rich Legacy adalah melancarkan sebuah program realiti TV yang diberi nama Malaysia Top MUA yang bakal di siarkan di Astro Ria pada February 2020.
[KREDIT: Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd]
0 Comments