Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TREND KEMBARA SOLO 2018


SAMA ada untuk urusan perniagaan, bersantai atau ‘bleisure’, pelancong kian mengembara secara solo Agoda terbitkan penemuan daripada kaji selidik global ‘Trend Kembara Solo 2018’

Dengan waktu kerja yang lebih panjang, kekerapan berhubung secara digital dan tanggungjawab yang semakin bertambah, tidak hairanlah semakin ramai orang memilih untuk melakukan perjalanan solo bagi menjauhkan diri (untuk sementara) daripada semua itu! 

Menurut kaji selidik daripada Agoda, salah satu platform tempahan penginapan dalam talian (OTA) paling pesat berkembang di dunia, para pelancong memilih untuk melancong secara solo untuk berehat daripada ketegangan kehidupan moden.

Kaji selidik Agoda `Trend Kembara Solo 2018’, dijalankan oleh YouGov, mendapati berehat dan masa untuk menenangkan diri adalah pendorong nombor satu bagi percutian solo di seluruh dunia (61%), berbanding 48% yang melancong bersama kawan-kawan. 

Pengembara solo yang disoal selidik juga menyatakan lari dari rutin (52%) dan meneroka budaya baharu (45%) sebagai pendorong utama.





Jurang usia antara pelancong solo Asia dan Barat

Menariknya, pelancong solo Asia lebih cenderung berusia lebih muda – Millennial (41%) dan Generasi Z (38%) – manakala di Barat, perjalanan solo lebih digemari oleh Baby Boomers (39%) dan Generasi X (24%).

Pelancong solo Barat lebih cenderung melakukan kembara solo untuk tempoh yang lebih lama, dengan kekerapan 4-7 malam (34%). Di samping itu, pelancong solo Barat adalah dua kali ganda akan melakukan perjalanan yang melebihi 14 malam (20% berbanding 10%). 

Pelancong solo Millennial dan Generasi Z dari Asia lebih suka tempoh pendek 1-3 malam sahaja (46%). Trend ke arah lebih masa kepada gajet. 

Tidak memeranjatkan, pelancong santai solo meluangkan lebih banyak masa di hadapan komputer riba dan telefon mereka berbanding jenis pengembara lain – dua sejam sehari (119 minit), yang dibandingkan dengan 15% lebih banyak masa apabila pelancong mengembara bersama kawan-kawan (100 minit) dan 26% lebih banyak masa berbanding mengembara bersama ahli keluarga (86 minit).

Pelancong solo Asia adalah yang paling disambung secara digital dan adalah lebih dua kali ganda lebih mungkin akan menghabiskan empat jam atau lebih sehari di hadapan skrin mereka berbanding rakan sebaya mereka di Barat (31% berbanding 12%).



Destinasi kosmopolitan mendominasi carta 

Sama ada untuk urusan perniagaan, perjalanan bersantai atau  ‘b-leisure’ (gabungan business dan leisure travel), pelancong solo bebas kesemuanya menuju ke bandar-bandar kosmopolitan di seluruh dunia. 

Menurut data tempahan Agoda, Bangkok (Thailand) adalah destinasi utama bagi pelancong solo Asia tahun ini, manakala London (United Kingdom) adalah nombor satu bagi pelancong solo Barat. 

Kedua-dua bandar itu memiliki banyak tarikan untuk pelancong solo nikmati, daripada membeli-belah dan hiburan malam hinggalah kepada kebudayaan dan keenakan makanan.

Tokyo (Jepun) adalah pilihan yang popular bagi pelancong Asia dan Barat, dipilih dalam pilihan tiga teratas bagi kedua-dua kumpulan. Dengan pelbagai juadah, budaya dan pilihan penginapan, dari hotel kapsul hingga kediaman dan resort mewah 5-bintang, kota ini menawarkan begitu banyak pilihan untuk setiap jenis pelancong solo.


[KREDIT: Agoda.com]

Post a Comment

0 Comments