Hot Posts

6/recent/ticker-posts

THE COFFEE BEAN & TEA LEAF® SUMBANG RM100,000 KEPADA PERSATUAN SYSTEMIC LUPUS ERYTHEMATOSUS MALAYSIA


BARU-BARU ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) menyumbangkan cek bernilai RM100,000 kepada Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia (PSLEM) di acara Walk-A-Payung bagi penubuhan sebuah Pusat Sumber SLE. 

Hubungan erat antara CB&TL dan PSLEM terjalin daripada pengalaman peribadi David de Candia, Pakar Teh CB&TL, di mana anak perempuan beliau juga mengalami penyakit tersebut.    

“Syarikat The Coffee Bean & Tea Leaf® telah berganding bahu dengan PSLEM sejak 2014 dan pengalaman peribadi keluarga David de Candia membuatkan kami semua sedar dan merasai cabaran yang dihadapi oleh pesakit lupus. Kami juga gembira dapat memberi sumbangan yang besar terhadap penubuhan satu-satunya Pusat Sumber SLE yang pertama di Malaysia,” kata Encik Mohamed Amar Shah, Pengurus Besar The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

Sejak lebih 30 tahun yang lalu, hampir 10,000 individu di Malaysia terutamanya di kalangan wanita telah didiagnos mengalami Systemic Lupus Erythematosus (SLE) atau lebih dikenali sebagai lupus. Penyakit kronik dan autoimun ini menyebabkan tubuh menghasilkan jumlah antibodi yang banyak, yang kemudiannya bertindakbalas terhadap tisu pesakit sendiri. 

Disebabkan kekurangan kesedaran tentang penyakit ini, pihak persatuan percaya ramai lagi yang masih belum didiagnos dan Pusat Sumber SLE yang bakal ditubuhkan ini akan memainkan peranan penting dalam mendidik orang ramai. 

Usaha-usaha Persatuan SLE untuk menggalakkan penyelidikan, meningkatkan kesedaran dan memberi pendidikan, serta membantu keperluan pesakit lupus dan keluarga mereka adalah hasil daripada sumbangan orang ramai serta badan korporat seperti CB&TL. 

Sejak empat tahun yang lalu, CB&TL telah mengadakan beberapa aktiviti mengumpul dana melalui inisiatif ‘Caring Cup’. Antaranya adalah memperkenalkan edisi terhad Blue Tiger Tea, satu adunan eksklusif ‘lemon myrtle’, bunga malva dan bunga teh dengan perisa raspberi yang dicipta khas oleh de Candia serta buku cerita kanak-kanak bertajuk  Master Davey and the Magic Tea House: Legend of the Blue Tiger. Semuanya telah dijual di kedai CB&TL bersama penanda buku Blue Tiger Tea. 

Dana hasil jualan ini dan juga jualan tag hadiah krismas yang direka khas kepada pelanggan yang sudi menyumbang dan menyokong usaha-usaha kebajikan ini telah banyak membantu PSLEM.

Insiatif ‘Caring Cup’ CB&TL berlandaskan falsafah “tidak memadai sekadar melakukan dengan baik, tetapi kita juga mesti melakukan dengan bersungguh-sungguh”. Di peringkat antarabangsa, CB&TL mengamalkan sistem perniagaan yang adil dan mampan dengan membantu kehidupan dan pendapatan penanam kopi melalui bantuan pendidikan, kesihatan dan kewangan. 

Sebagai salah satu budaya korporatnya, pihak syarikat mengiktiraf dan memberi ganjaran terhadap kemahiran para pekerja melalui acara seperti Pertandingan Signature Barista yang disertai peserta dari 20 negara, dan menghargai sumbangan semua pekerja di setiap peringkat.   


Untuk berita dan maklumat lanjut, ikuti laman Facebook CB&TL (www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage) atau akaun Instagram CB&TL @coffeebeanMY atau layari laman web www.coffeebean.com.my.


[KREDIT: @coffeebeanMY]

Post a Comment

0 Comments