KOMPOSER terkenal, Pak Ngah atau Datuk Suhaimi Mohd Zain, 60, disahkan telah meninggal dunia di Batam, Indonesia sekitar jam 3.05 petang dipercayai akibat serangan jantung.
Allahyarham berada di sana sejak Jumaat lalu atas urusan kerja dan dijadualkan pulang ke Kuala Lumpur pada petang ini. Bagaimanapun, ia tidak kesampaian apabila Allahyarham telah meninggal dunia secara tiba-tiba.
Difahamkan awal pagi Rabu, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang (menaiki feri) ke tanah air melalui Pasir Gudang untuk dibawa ke Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang.
Alfatihah dan salam takziah buat keluarga Allahyarham. Sesungguhnya pemergian Pak Ngah suatu kehilangan besar buat industri seni.
0 Comments