Hot Posts

6/recent/ticker-posts

GO JETERS, MISI MENYELAMATKAN DUNIA



IKUTI pengembaraan empat wira meneroka dunia dengan diiringi mentor mereka dalam animasi Go Jetters berkonsepkan pendidikan dan pengetahuan am yang sesuai untuk kanak-kanak dan seisi keluarga. Mereka bersama-sama menyelamatkan mercu tanda terkenal di negara-negara yang mereka kunjungi daripada dikhianati oleh penjahat. 


Menggunakan suara Tommie Earl Jenkins, Akie Kotabe, Pilar Orti, Syrus Lowe dan John Hasler, animasi disiarkan mulai 28 September ini, setiap Jumaat dan Sabtu, pukul 10.30 pagi di TV1 ini juga menerangkan tentang fakta-fakta berkaitan mercu tanda negara dikunjungi dengan diiringi lagu-lagu dan muzik yang menarik minat kanak-kanak.

Animasi 25 episod ini dimulakan dengan pengembaraan empat wira iaitu Xuli, Kyan, Lars dan Foz yang dikenali sebagai Go Jetters mengembara dengan ditemani oleh mentor mereka, Ubercorn yang mengarahkan setiap misi. Misi pertama mereka adalah menyelamatkan Menara Eiffel di Perancis yang telah dicuri oleh Grimbots iaitu konco-konco kepada penjahat yang dikenali sebagai Grandmaster Glitch untuk dijadikan alat penerima siaran TV. 

Seterusnya Go Jetters dan Ubercorn telah ke Mesir untuk melawat piramid. Sebaik saja mereka sampai di sana, piramid telah ditukar menjadi kecil dan diambil oleh Grimbots untuk melengkapkan ‘games’ yang dimainkan oleh Grandmaster Glitch. Misi kedua Go Jetters adalah menyelamatkan piramid dan meletakkannya kembali ke tempat asal.

Seterusnya pengembaraan Go Jetters ke England untuk melihat matahari terbit di Stonehenge. Bila mereka sampai ke sana, Grandmaster Glitch telah datang dan menjatuhkan batu-batu Stonehenge untuk menggantikan permainan domino. Misi Go Jetters adalah menegakkan kembali Stonehenge sebelum matahari terbit. 




Kemudiannya mereka ke Gurun Sahara yang terletak di Afrika. Apabila mereka tiba di Sahara, Grandmaster Glitch dan Grimbots juga tiba dan Grimbots membina kota mengelilingi oasis bagi menghalangnya digunakan oleh orang lain kecuali Grandmaster Glitch. 

Akibatnya penternak-penternak unta tidak dapat memberikan air kepada unta-unta mereka. Go Jetters ditugaskan untuk meruntuhkan kota tersebut supaya unta-unta dapat minum.

Episod berikutnya Go Jetters ke Amerika Utara. Malangnya kenderaan mereka iaitu Jet Pad hampir kehabisan kuasa elektrik. Mereka ke Stesen Elektrik Hidro di Air Terjun Niagara untuk mengecas semula Jet Pad. 

Semasa Jet Pad sedang dicas, tiba-tiba aliran sungai bertukar menjadi lumpur angkara Grandmaster Glitch. Misi Go Jetters adalah mengembalikan semula aliran sungai dan Air Terjun Niagara. Pengembaraan Go Jetters seterusnya adalah ke Australia untuk menyelamatkan semula ‘Sydney Opera House’.

Seterusnya Go Jetters melaksanakan misi The Statue of Liberty di Amerika Syarikat, ke Jerman mengembalikan patung-patung kuda The Brandenburg Gate, ke Antartika, Kutub Selatan untuk melihat LambertFisher-Glacier menyelamatkan glasier yang diruntuhkan oleh Grandmaster Glitch, ke Chichen Itza, Mexico melindungi Chichen Itza daripada bola gergasi yang boleh meruntuhkannya, dan ke Tembok Besar China menyelamatkan Tembok Besar China daripada musnah.




Kemudiannya Go Jetters ke Itali untuk menyelamatkan Menara Condong Pisa kembali seperti kedudukan asal, ke Tasik Titicaca, Peru mengembalikan pulau tersebut ke permukaan tasik, ke Rom, Itali untuk melihat “The Colosseum”, ke Agra, India untuk mengembalikan kubah menara Taj Mahal ke tempat asalnya, ke Sicily, Itali  membersihkan kawah lava yang tersumbat, ke Afrika Selatan untuk mematikan mesin pembuat salji dan mengembalikan keadaan semula jadi di situ yang hanya terdapat di ‘Table Mountain’, sahaja dan tidak di tempat lain, dan ke Finland membersihkan asap hitam tersebut dan mengembalikan cahaya yang berwarna-warni di langit.

Episod di Amerika Selatan berkongsi misi mengembalikan katak-katak ke Hutan Hujan Amazon, ke Timur Tengah untuk mengeluarkan pelancong-pelancong yang terperangkap dan membersihkan Laut Mati daripada timbunan kastard, ke Beijing, China untuk menyelamatkan pelancong dan mengelakkannya daripada melanggar bangunan istana, ke Poland memberhentikan operasi melombong yang boleh menyebabkan banjir, dan ke Ireland Utara untuk menyelamatkan ‘Giant’s Causeway’. 

Go Jetters ditugaskan juga San Francisco, Amerika Syarikat untuk mendapatkan kembali hon amaran kabus itu dan menghalang kapal kargo dari melanggar tiang ‘Golden Gate Bridge’, ke Taman Negara Komodo, Indonesia melihat biawak Komodo, ke London mengembalikan loceng Big Ben sebelum detik tahun baru, ke Iceland untuk melihat geiser iaitu pancutan air dan wap panas dari mata air, ke Sepanyol melihat The Aqueduct of Segovia, ke Brazil untuk menyertai Karnival Rio de Janeiro, ke Banjaran Himalaya mendaki Gunung Everest, dan ke Scotland untuk melihat Loch Ness. 

Tambah menarik episod Go Jetters ke Amerika Syarikat untuk meniti dawai di Grand Canyon, ke Pulau Easter di Lautan Pasifik Selatan, ke Saint Basils Cathedral, menyelamatkan Empangan Tarbela di Pakistan, ke Pelabuhan Victoria, Hong Kong, ke “Waitomo Glowworm Cave” di New Zealand bagi mengambil ‘glowwrom’ untuk diletakkan ke badannya,  ke Tasik Retba di Senegal, ke Wilayah Yuanyang, China kerana ingin melihat cara penanaman padi dan ke Cappadocia, Turki dan ke Taman Negara Maasai Mara, Kenya. 

Ada juga episod mengunjungi Gurun Gobi di Asia untuk mencari tulang dinosaur, ke Bioluminescent Bay, Puerto Rico melihat hidupan seni yang bercahaya di dalam air, ke Blue Mountain, Jamaica kerana ingin menikmati kopi yang enak di sana, ke ‘Jigokudani Valley’ di Jepun untuk melihat monyet salji berendam dalam kolam air panas, dan diakhiri episod ke ‘Nazca Desert’ di Peru.



GO JETTERS
Episod: 25     
Hari: Setiap Jumaat & Sabtu (Mulai 28 September 2018)
Masa: 10.30 Pagi
Saluran: TV2


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments