KONSERT Big Stage minggu kelima menyaksikan Tajul diumumkan sebagai peserta yang tersingkir dengan kutipan markah terendah menerusi persembahannya membawakan lagu Sulit.
Tajul yang sebelum ini sudah beberapa kali berada di kedudukan tiga terbawah pada penilaian juri, akhirnya akur apabila undian Tik Tok juga tidak menyebelahinya kali ini.
Barisan juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, selain juri jemputan Altimet hari ini ternyata berpuas hati dengan persembahan Baby Shima menerusi lagu Asal Kau Bahagia, apabila meletakkan penyanyi tersebut pada kedudukan pertama dengan markah 82%.
Selain Baby Shima, peserta lain yang masih meneruskan saingan apda minggu depan ialah Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Wani Kayrie, Afiq Shazwan dan Arif Bahran.
Big Stage yang diacarakan oleh Sherry AlHadad dan Alif Satar ini bersiaran langsung dari Auditorium MBSA dan Astro Ria dan Ria HD.
0 Comments