AGODA menerbitkan penemuan kaji selidik globalnya ‘Tabiat Pengembaraan yang Menjengkelkan’’ dan menggesa pelancong supaya tidak leka dengan telefon, sebaliknya bersikap lebih peka
Dengan percutian musim panas yang sedang berlangsung sekarang, Agoda, salah satu platform tempahan penginapan dalam talian (OTA) paling pesat berkembang, telah menyoal pelancong mengenai tabiat yang paling menjengkelkan semasa mereka bercuti.
Menurut kaji selidik global tahunan Agoda ‘Tabiat Pengembaraan Yang Menjengkelkan’, pelancong yang bising (57%), pelancong yang terpaku kepada peranti mereka (47%) dan mereka yang tidak sensitif dengan budaya tempatan (46%) mendahului tabiat pelancong yang paling menjengkelkan.
Kumpulan besar pelancong dan penggemar selfie, masing-masing 36% dan 21%, melengkapkan lima tabiat utama yang menjengkelkan.
Pelancong dari negara China kelihatan memiliki tolak ansur tertinggi terhadap penggemar selfie, dengan hanya 12% responden China yang dijengkelkan oleh penggemar selfie berbanding rakyat Australia yang bersikap sebaliknya dengan hampir sepertiga (31%) menyifatkan penggemar selfie sebagai menjengkelkan.
Ketidakpekaan terhadap budaya tempatan adalah lebih dua kali ganda menyinggung hati bagi pelancong Singapura (63%), Filipina (61%) dan Malaysia (60%) berbanding pelancong China (21%) dan Thailand (27%). Kira-kira separuh pelancong British (54%) dan dua perlima pelancong Amerika Syarikat (41%) tidak bertolak ansur terhadap tabiat ini.
Ketagihan terhadap alat peranti
Hampir separuh (47%) daripada responden global menyifatkan pengembara yang meluangkan terlalu banyak masa pada alat peranti mereka sebagai sesuatu yang merengsakan.
Berbanding pelancong dari negara lain, pelancong Vietnam mendapati mereka yang terpaku pada alat peranti mereka adalah paling menjengkelkan (59%). Pelancong Thailand, sebaliknya, memiliki sikap paling tenang (31%) terhadap penggunaan berat alat peranti semasa percutian.
Mungkin paling tidak memeranjatkan, pengembara solo meluangkan masa hampir dua jam sehari dengan alat peranti mereka semasa bercuti (117 minit) – iaitu 15% lebih lama berbanding mereka yang mengembara bersama rakan-rakan (100 minit) dan 26% lebih singkat jika bersama keluarga (86 minit).
Pelancong Amerika adalah satu-satunya pengecualian untuk trend ini dan secara purata meluangkan kurang masa pada peranti mereka semasa mengembara solo (62 minit) berbanding ketika bersama keluarga (66 minit) atau kawan-kawan (86 minit).
Pelancong British pula adalah pengembara yang paling terlibat semasa mengembara bersama, mengehadkan masa terhadap alat peranti kepada sejam sahaja (63 minit) sehari; berbanding pelancong Thailand yang meluangkan masa lebih daripada dua jam sehari (125 minit) pada telefon mereka apabila mengembara bersama kawan-kawan atau keluarga.
Bagi menggalakkan pengembara memberi perhatian dan benar-benar menikmati pengalaman destinasi baharu mereka tanpa menatap paparan telefon, Agoda telah melancarkan kempen ‘Selfie Gagal’ (Selfie Fail) yang merangkumi listicles dan montaj video yang menonjolkan keburukan terlalu bergayut kepada telefon pintar.
Digayakan di dalam format video ‘kegagalan epik’, pelawak Australia Ozzyman menjadi suara latar kepada video pengembara sebenar yang terlibat dengan kemalangan dan situasi bodoh akibat terlalu bergantung kepada peranti mereka berbanding persekitaran.
Fakta-fakta ‘Tabiat Pengembaraan Menyakitkan Hati’ Malaysia:
- Tidak sensitif kepada budaya tempatan (60%); pelancong bising (56%) dan melekat pada peranti (51%) adalah tabiat pelancong Malaysia yang paling menjengkelkan.
- Pelancong Malaysia berusia 55 tahun ke atas adalah paling tidak menyukai pelancong bising – 74% berbanding purata kaji selidik 56%
- Pelancong berusia 18 hingga 24 tahun menghabiskan masa terbanyak pada peranti mereka setiap hari (243 minit berbanding 218 kesemua responden)
Baca butiran penuh di sini: https://www.agoda.com/press/annoying-travel-habits-survey
Kaji selidik Agoda ‘Tabiat Pengembaraan Yang Menjengkelkan’ dilakukan oleh firma penyelidik pasaran bebas, YouGov antara 19 dan 25 Jun 2018.
Seramai 10,384 responden disoal secara dalam talian dan mewakili mereka yang telah bercuti sekurang-kurangnya sekali pada tahun-tahun sebelumnya.
Di dalam negara mereka: UK (1,418), AS (597), Australia (837), Singapura (913), Malaysia (1,002), Filipina (1,011), Indonesia (1,063), Vietnam (999), Thailand (1,062) dan China (1,482).
Kempen ‘Kegagalan Selfie’ Agoda berlangsung sehingga 11 Ogos 2018: https://www.buzzfeed.com/agoda
[KREDIT: Agoda by GO Communications Sdn Bhd]
0 Comments