Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cipta sejarah, Hantu Kak Limah pungut RM1.8 juta pada hari pertama tayangan


BARU sahaja membuka tayangan di hari pertama semalam, filem Hantu Kak Limah (HKL) melakar dua rekod yang tersendiri. 

Pertama; sebagai filem tempatan pertama yang menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650 ribu di hari pembukaan 'sneak preview' pada 8 Ogos. 

Kedua, mengukir kejayaan berganda apabila kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama ianya ditayangkan kepada umum semalam (9 Ogos). 

Kutipan tersebut sekaligus merekodkan HKL sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi di hari pembukaan.

Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini boleh ditonton di 133 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. Manakala, di Singapura bermula hujung minggu ini. 

Filem  francais komedi seram yang diarahkan oleh Mamat Khalid ini menampilkan Dato’ Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Dato’ Seri Vida.


[KREDIT: astro shaw]]

Post a Comment

0 Comments