Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Air ada kalori ke?


PELBAGAI perisa air sekarang yang boleh kita nikmati tapi adakah anda tahu ada sebilangan air yang mempunyai kalori? Jom baca penerangan tentang kandungan kalori dalam segelas minuman. Walau ia setakat air, ia tetap mengandungi kalori yang perlu dibakar bila telah mengambilnya dengan kapasiti yang banyak. 

Badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan. Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan. Seorang lelaki dewasa hanya memerlukan 2000-2500 kalori dalam sehari manakala wanita 1600-2000 kalori sehari.


Air Bikabornat

Segelas air gas atau bikarbonat kapasiti 250 ml mengandungi 130 kalori. Untuk membakar kalori tersebut anda perlu melakukan aktiviti berikut:

Berjalan kaki = 35 minit
Jogging = 15 minit
Mengayuh basikal = 20 minit



Air Sirap

Segelas air sirap 250ml pula mengandungi 40 kalori. Untuk membakar kalori tersebut anda perlu melakukan aktiviti berikut:

Berjalan kaki = 10 minit
Jogging = 5 minit
Mengayuh basikal = 6 minit



Teh tarik

Segelas air teh tarik kapasiti 250 ml, mengandungi 140 kalori. Cara nak hilangkan atau bakar kalori adalah dengan cara:

Berjalan kaki = 40 minit
Jogging = 16 minit
Mengayuh basikal = 21 minit




Jom kita tengok berapa jumlah kalori dalam segelas air-air minuman popular di Malaysia.

Air Kelapa : 60 kalori
Teh O Limau : 120 kalori
Susu Soya Asli : 50 kalori
Milo : 178 kalori
Sirap bandung : 200 kalori
Kopi : 60 kalori

Dalam banyak-banyak air, yang paling terbaik tentulah air kosong. Air kosong mengandungi "0" kalori. Jadi minumlah air kosong dengan banyak dan dengan teratur merupakan salah satu cara diet sihat yang paling mudah. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments