KARNIVAL Jom Heboh (KJH), acara padang terbesar TV3 telah memulakan memulakan siri jelajahnya pada hujung minggu lepas. Seramai 500,000 pengunjung telah membanjiri pekarangan Kuala Lumpur Sports City Bukit Jalil bermula jam 10.00 pagi sehingga 9.00 malam untuk menyertai pelbagai aktiviti di booth-booth yang menjadi tarikan utama seperti Drama Sangat, Raudhah, Bananana!, #KitaJuara, Wow Bag Corner serta Hijab & Heels.
Siri jelajah KJH yang berwajah baharu untuk tahun 2018 membawa konsep meriah dan bertenaga. Penganjuran karnival sejak tahun 2003 membuktikan acara tapak ini sememangnya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia untuk terus beriadah bersama stesen tv no.1 negara, TV3.
Menerusi karnival ini, para pengunjung berpeluang bertemu dengan barisan pelakon serta personaliti yang membintangi drama-drama serta program-program yang bersiaran di TV3,TV9 dan ntv7.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak berkata,
“Saban tahun, penonton setia Rangkaian Televisyen Media Prima sentiasa menantikan acara padang Karnival Jom Heboh. Di sini mereka boleh berhibur bersama keluarga pada hujung minggu dalam masa yang sama berpeluang mendapatkan cenderahati eksklusif di booth-booth yang disediakan.
Pada sebelah malam pula, sesi konsert yang berlangsung di pentas utama menampilkan barisan penyanyi hebat tanah air secara percuma. Kami berharap acara padang ini dapat menjadi platform bagi ahli keluarga untuk meluangkan masa berkualiti bersama.”
“Tahun ini, kami juga berinteraksi dengan penonton setia kami di platform media sosial. Aktiviti-aktiviti bersama selebriti jemputan Drama Sangat Tour telah bersiaran secara langsung di Facebook TV3 dan Youtube TV3 dan mendapat jumlah hampir 4000 tontonan.
Selain itu, Aktiviti Lelongan Amal Tabung Bersamamu pada hari Ahad juga mendapat sambutan positif daripada rakan-rakan artis dan orang ramai. Kami berjaya mengumpul dana sebanyak RM2000 dalam tempoh 30 minit sahaja,” tambah Encik Johan lagi.
Bermula hari Sabtu, 28 Julai 2018, Karnival Jom Heboh Kuala Lumpur telah dimeriahkan dengan lebih 20 gerai penaja yang beroperasi dari pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam.
Antara booth yang menjadi tarikan ramai adalah Drama Sangat. Selebriti yang memeriahkan booth Drama Sangat adalah Saharul Ridzuan, Izzue Islam, dan Zahirah Macwilson dari siri drama slot Akasia, ‘Jangan Benci Cintaku’, Raja Afiq & Mimi Lana (Cinta Koko Coklat), Bell Ngasri (Iris: Shah & Zam), dan Riena Diana (Cinta Lemon Madu), tidak ketinggalan Chef Fikree (Aroma Tradisi) yang berkongsi resepi istimewa menerusi demo masakan.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik di mana para pengikut setia siri jelajah ini berpeluang untuk beramah mesra bersama barisan selebriti dan turut serta dalam aktiviti yang dijalankan.
Seramai 30 orang peminat bertuah yang memeriahkan booth Drama Sangat telah dipilih secara rawak sepanjang dua hari Karnival Jom Heboh Kuala Lumpur berlangsung bagi menyertai aktiviti hebat dan pastinya menghiburkan bersama barisan selebriti ini dengan lebih intim dan personal.
Aktiviti-aktiviti bersama selebriti jemputan Drama Sangat Tour telah bersiaran secara langsung di Facebook TV3 dan Youtube TV3 dan mendapat jumlah hampir 4000 tontonan.
Bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik, Drama Sangat Booth telah menjalankan aktiviti Lelongan Amal Tabung Bersamamu pada hari Ahad, 2.30 petang hingga 3.00 petang. Selebriti yang hadir telah melelong barangan mereka dan hasil jualan terus disumbangkan ke Tabung Bersamamu.
Jumlah yang berjaya dikumpulkan sepanjang dua hari Karnival Jom Heboh berlangsung adalah lebih RM2000. Terima kasih kepada semua yang sudi menyumbang dan mengambil bahagian dalam Lelongan Amal Tabung Bersamamu.
Booth Bananana!, yang menjadi pilihan kanak-kanak menampilkan Aliff Yasraff, Shah Sulaiman, Erynne Erynna, dan Harris Aliff. Pelbagai aktiviti menyeronokkan diadakan termasuklah sesi senaman pagi, slot penjagaan gigi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, dan peluang bergambar serta beramah mesra bersama selebriti!
Di Gelanggang #KitaJuara, pelbagai aktiviti sukan telah diadakan termasuklah perlawanan Street Soccer 3 lawan 3 Kita Juara dan persembahan Freestyler Kita Juara yang digamatkan oleh hos bersama Faiz Tapaw dan duta Kita Juara (Hairuddin Omar).
Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai bagi pertandingan Street Soccer 3 lawan 3 Kita Juara dan Juara Timbang. Setakat ini jumlah tertinggi timbangan bola adalah sebanyak 36000.
Tidak ketinggalan, booth Raudhah yang memberikan kelainan dalam pengisian berkonsepkan kerohanian dan islamik, sesuai untuk seisi keluarga dikendalikan oleh Da’i Tajdid dan Da’i Saiful. Di booth ini, Datuk Ustaz Kazim Elias juga berkongsi ilmu dan pengalaman kepada pengunjung yang hadir dengan topik ceramah, Pendosa Ingin Ke Syurga.
Selain itu, mereka yang ingin membeli barangan cenderahati daripada Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (TV3, ntv7, 8TV, TV9), Hot FM, Kool FM, Bananana!, Ejen Ali dan Raudhah boleh mendapatkannya di booth Wow Bag.
Di samping itu, Karnival Jom Heboh Kuala Lumpur juga dimeriahkan dengan lintas langsung program hujung minggu Rangkaian Televisyen Media Prima, Borak Kopitiam di TV3 dan Feel Good Show di ntv7 sepanjang dua hari karnival berlangsung.
Antara tarikan lain yang menjadi pilihan di KJH ialah Bazar Selebriti yang menampilkan selebriti popular seperti Zul Huzaimy, Noh Salleh, Kita Punya Cerita, Syed Ali, Zoey Rahman, Izzue Islam, Chef Naem dan Nadya Shaheera. Para selebriti ini menjual pelbagai produk keluaran mereka yang dibawakan khas untuk pengunjung di KL Sports City, Bukit Jalil.
Selain acara padang yang padat dengan pelbagai keseronokan, pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan hebat oleh barisan penyanyi di Konsert Jom Heboh pada sebelah malam selama 1 jam 30 minit bermula 9.00 malam. Pada hari Sabtu, Konsert Hot Kool Jam mempersembahkan bintang-bintang seperti Ruffedge, Floor 88, Misha Omar, Ameng dan Kugiran Masdo.
Manakala pada malam Ahad, Konsert Jom Heboh menampilkan Khareez, Maisarah Ukulele, Black Hanifah, Dayang Nurfaizah, Altimet dan Hujan. Konsert Hot Kool Jam dan Konsert Jom Heboh juga boleh ditonton secara live di saluran Youtube TV3.
[KREDIT: TV3]
0 Comments