Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SAINGAN SEMAKIN SENGIT DI GEGAR LAWAK


BERTEMAKAN ‘Muzikal’ pada minggu lalu, semua peserta solo, duo dan trio Gegar Lawak mempamerkan persembahan yang cemerlang sehingga mendapat pujian daripada ketiga-tiga barisan juri. 

Peserta yang paling mendapat perhatian pada malam tersebut adalah satu-satunya peserta solo dari Indonesia, Bayu, sehinggakan juri jemputan, Joe Flizzow, tidak sempat untuk mencatatkan sebarang komen dek kerana terlalu asyik menonton persembahan anak didik pelawak Dzawin ini seterusnya melayakkan Bayu menggondol anugerah Man On Demand. 

Melihat akan persembahan hebat yang ditonjolkan oleh setiap peserta, pihak juri sepakat untuk tidak menyingkirkan mana-mana peserta pada minggu lalu.

Pada minggu keenam ini yang juga merupakan minggu suku akhir, Bayu telah memilih tema yang cukup hangat iaitu ‘Viral’. Peserta akan diuji menerusi kebijaksanaan mereka memilih topik-topik yang viral dan cara persembahan lawak mereka berdasarakan topik viral yang dipilih. 

Menarik lagi, Sabri Yunus, atau baru-baru ini lebih dikenali dengan panggilan #PokYaCongCodei akan menduduki kerusi Juri Jemputan. 

Agak-agaknya, topik viral apakah yang akan menggegarkan pentas Gegar Lawak pada minggu ini? Berjayakah persembahan peserta Gegar Lawak pada minggu ini menjadi viral? Sama-sama kita saksikan.

Saksikan Siaran Langsung Gegar Lawak (Minggu Keenam) pada 2 Mac 2018 (Jumaat), jam 10.00 malam di Studio Sound Stage Finas. 

Post a Comment

0 Comments