Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Yasin Sulaiman terlepas hukuman penjara seumur hidup, kembali ke Hospital Bahagia


PENYANYI dan komposer, Yasin Sulaiman terlepas hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan atas kesalahan tiga pertuduhan dadah dihadapinya.

Mahkamah Rayuan Putrajaya dalam keputusan yang dibuat bagaimanapun memerintahkan Yasin atau Muhammad Yasin Sulaiman, 50, kembali ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, mengikut tempoh perkenan Sultan Selangor.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali memutuskan demikian selepas menerima rayuan terakhir penyanyi Mimpi Laila itu, selaku perayu dengan mengetepikan hukuman Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Semasa membaca keputusan sebulat suara itu, Hakim, Che Mohd Ruzima berkata, mahkamah mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang melepaskan dan membebaskannya.

Pada Ogos tahun lalu, Yasin dijatuhkan hukuman berkenaan selepas hakim membenarkan rayuan pendakwaan selaku perayu ke atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Faiz Dziyauddin yang melepas dan membebaskan penyanyi itu.

Mengikut pertuduhan pertama, penyanyi itu didakwa memiliki dadah berbahaya jenis kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pada pukul 5.30 petang, 24 Mac 2022.

Pertuduhan kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Sementara pertuduhan ketiga, penyanyi itu didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis '11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pada 29 November 2023, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepaskan dan membebaskan Yasin atas tiga kes dadah itu, namun mahkamah mengarahkan dia ditempatkan di bawah jagaan hospital bahagia mengikut tempoh perkenan Sultan.

[Kredit Berita: Sinar Harian, Awani, Kosmo]


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments