Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Star Wars: Tales Of The Underworld bakal hangatkan Disney+ Hotstar 4 Mei ini


DISNEY+ Hotstar kini melancarkan treler rasmi Star Wars: Tales of the Underworld. Siri antologi pendek terbitan Lucasfilm Animation dan diilhamkan oleh kreatif genius Dave Filoni itu bakal menemui penonton pada 4 Mei depan secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

Naskhah popular itu Siri itu merupakan kesinambungan daripada kejayaan dua siri sebelum ini, iaitu Tales of the Jedi pada 2022 dan Tales of the Empire (2024).

Kali ini, siri ini memberi tumpuan kepada dunia gelap galaksi Star Wars melalui pengalaman dua penjahat ikonik.

Antara watak utama yang bakal mencuri perhatian adalah Asajj Ventress, bekas pembunuh upahan dan pemburu hadiah yang diberi peluang kedua dalam hidup, terpaksa melarikan diri dengan sekutu baharu yang tidak dijangka.

Sementara penjenayah Cad Bane pula berhadapan dengan masa lalunya apabila dia bertemu semula dengan seorang rakan lama yang kini menjadi Marshal, di pihak undang-undang yang bertentangan.

Dave Filoni bukan sahaja pencipta siri ini, malah turut bertindak sebagai pengarah penyelia dan penerbit eksekutif, bersama-sama dengan Athena Yvette Portillo dan Carrie Beck.

Josh Rimes pula memegang tanggungjawab sebagai co-executive producer, sementara Alex Spotswood merupakan senior producer dan Matt Michnovetz bertindak sebagai penulis utama siri ini.

Siri ini dibintangi barisan pelakon suara yang hebat seperti Nika Futterman, Corey Burton, Artt Butler, Lane Factor, AJ LoCascio, Clare Grant, Dawn-Lyen Gardner, dan Eric Lopez.

Star Wars: Tales of the Underworld akan melengkapkan lagi koleksi siri dan filem daripada galaksi Star Wars yang kini boleh ditonton di Disney+ Hotstar. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments