Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sharifah Shahirah sertai SINAR, kendalikan Trio Petang Sinar bersama Falyq dan Hefny

Hefny, Shiera dan Falyq FOTO: Astro Radio

PELAKON dan penyampai Sharifah Shahirah kini menyertai keluarga besar SINAR bersama dengan Falyq dan Hefny untuk segmen Trio Petang Sinar.

Segmen tersebut bersiaran dari jam 3 petang hingga 7 malam setiap Isnin hingga Jumaat.

Kehadiran Sharifah Shahirah atau Shiera ke konti SINAR diharapkan mampu mengukuhkan jenama stesen yang memegang dengan ‘tagline’ Muzik Retro Terbaik itu.

Pengurus Jenama SINAR, Zureen Affendi, berkata, pemilihan Shiera mengendalikan segmen bersama Falyq dan Hefny amat bertepatan kerana pengalamannya dalam industri penyiaran radio sangat luar biasa dan wajar SINAR mengambil peluang tersebut untuk mengukuhkan lagi Trio Petang Sinar.

Gandingan ketiga-tiga penyampai itu mampu memberikan suntikan baharu untuk menghiburkan lagi pendengar di samping memberikan info-info terkini dan terbaik kepada penyokong setia SINAR.

“Sebelum ini, Duo Sinar pernah bersama dengan Erra Fazira dan bagi impak positif, jadi ia ambil masa yang lama untuk mencari seseorang yang dapat memberikan impak yang sama.

"Shiera pernah tolak tawaran pertama sebelum ini, tetapi pada hujung tahun lalu dia terima dan ingin cuba angin baharu.

"Antara lain kriteria kami memilih Shiera sebagai penyampai Trio Petang Sinat  ialah ingin beri sentuhan wanita dalam segmen petang sekali gus meningkatkan lagi produktivi dan kualiti penyampai di SINAR,” ujarnya.

Kehadiran Shiera bakal menghangatkan lagi segmen Trio Petang Sinar FOTO: Astro Radio


Jelas Zureen lagi, selain menjadi penyampai, Shiera juga bakal menyertai apa sahaja aktiviti yang SINAR sediakan.

"Ia adalah untuk meraih perhatian pendengar terutama untuk kandungan dalam media sosial rasmi SINAR, sekali gus dapat menambah lagi jumlah pengikut kami di media sosial yang memiliki jutaan pengikut terutama di Instagram dan Tik Tok.

“Saya yakin dengan kemampuan Shiera akan membawa Segmen Petang SINAR ke peringkat yang terbaik. Ini kerana pengalamannya dalam bidang penyiaran radio amat bernilai.

"Ini masanya Shiera mencurahkan bakti, tenaga dan idea kepada stesen SINAR. Diharapkan pendengar dapat menyokong kerjayanya di SINAR dan terhibur celoteh dan telatahnya bersama Falyq dan Hefny. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments