Namun temu janji romantis di sebuah restoran mewah itu berubah menjadi huru-hara apabila Violet mula menerima mesej ancaman daripada individu misteri yang berada di ruangan sama menerusi fungsi AirDrop, sebuah ciri pada iPhone yang membolehkan sesiapa di sekitar menghantar gambar dan teks secara langsung ke peranti lain.
Mesej yang pada mulanya bernada biasa, akhirnya berubah menjadi ugutan dan seterusnya memberi pilihan kejam kepada Violet sama ada membunuh Henry atau nyawa anak lelaki dan adik perempuannya di rumah menjadi galang ganti.
Violet terpaksa mengikut arahan demi arahan daripada individu misteri terbabit sehingga mencetuskan pelbagai ketegangan sepanjang temu janji itu berlangsung.
Dalam usaha menyelamatkan anak dan adiknya, Violet juga tidak berputus asa mencari klu dan dalang sebenar di sebalik kejadian itu. Namun ia bukan perkara yang mudah kerana fungsi AirDrop itu dimanipulasi dengan begitu licik hingga mengaburi segala kebenaran.
Namun sayang sedikit struktur penceritaannya agak lemah dan bergerak perlahan untuk sebuah filem thriller yang sepatutnya membawa intensiti dan kejutan berterusan.
Babak-babak mendebarkan hadir dan pergi begitu sahaja tanpa sempat memberi impak mendalam kepada tontonan. Ia terlihat tidak dikembangkan dengan baik dan konsisten sehingga ke penghujung cerita.
Bagaimanapun, naskhah ini hadir dengan tema dan mesej kuat tentang bagaimana seorang wanita yang bangkit melawan trauma masa lalunya dan berusaha membina semula keyakinan diri demi melindungi insan tersayang.
Selain itu, lakonan yang dipamerkan oleh Meghann Fahy sebagai Violet sangat menyerlah dan berjaya menghidupkan watak tersebut dengan emosi yang pelbagai dan penuh warna. Penonton seolah-olah dapat merasa ketakutannya, keazaman dan harapannya dalam satu masa yang sama.
Meghan juga menunjukkan keserasian dengan Brandon Sklenar sebagai Henry dan telah mewujudkan teka teki dalam kalangan penonton apakah ada kejutan lain daripada karakter mereka berdua.
Tidak ketinggalan watak sampingan seperti pelayan restoran dan pemain piano turut mencuri perhatian penonton dengan karakter tersendiri. Walaupun kemunculan mereka singkat, ia cukup memberi kesan di mana karakter berjaya mengendurkan ketegangan, tetapi dalam masa sama memberi ruang untuk dicurigai sebagai pelaku sebenar.
Secara keseluruhannya, Drop merupakan filem thriller biasa tetapi menghiburkan untuk ditonton. Jangan ketinggalan menonton filem ini di pawagam berdekatan mulai 17 April 2025. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- witch-watch-anime-adaptation-to
- crunchyroll-announces-release-dates-for
- anora-cipta-kejutan-ungguli-oscar-ke-97
0 Comments