PEMINAT anime dan manga bola tampar Jepun yang terkenal di seluruh dunia, Haikyuu!! pasti teruja apabila pusat beli belah 1 Utama memperkenalkan Pop-Up Store Haikyuu!! pertama dan terbesar di Malaysia pada 16 April hingga 4 Mei ini.
Tampil berkolaborasi dengan Medialink Group (2230.HK), pop-up store tersebut akan membawa peminat untuk lebih dekat dengan watak-watak anime kegemaran mereka daripada siri popular ciptaan Haruichi Furudate itu.
Sejurus melangkah masuk, pengunjung akan disambut dengan wajah-wajah 'familiar' daripada siri itu termasuk standee bersaiz sebenar watak ikonik seperti Shoyo Hinata, Tobio Kageyama, Kei Tsukishima, dan Tadashi Yamaguchi yang seolah-olah menyambut anda ke dunia Haikyu!!.
Dengan ruang berkeluasan lebih daripada 2,000 kaki persegi, peminat boleh menikmati pelbagai barangan eksklusif yang diinspirasikan daripada siri ini termasuk T-shirt, lencana, coaster, pemegang telefon, hoodie, bantal dan banyak lagi.
Menariknya, peminat di Malaysia menjadi yang pertama mendapatkan barangan eksklusif yang bar sahaja dilancarkan ini.
Tarikan di Pop-Up Store
● Merchandise Rasmi Haikyu!!
Pelbagai koleksi yang diinspirasikan daripada siri ini daripada pakaian hingga aksesori semuanya membawa semangat dan tenaga dunia Haikyu!!.
● Merchandise Edisi Terhad 1 Utama
Jangan lepaskan peluang mendapatkan koleksi khas dan eksklusif yang hanya dijual di pop-up store ini.
● Gachapon Eksklusif Haikyu!!
Dengan setiap pembelian minimum RM100, pengunjung boleh menebus token untuk bermain mesin Gachapon dan berpeluang membawa pulang kad foto watak edisi terhad.
● Zon Foto Bertema Haikyuu!!
Pengunjung boleh merasai adegan ikonik dari anime melalui visual yang memukau dan standee watak anime, seperti gelanggang bola tampar bersaiz penuh, membolehkan peminat merasa seperti sebahagian daripada permainan.
Haikyu!!: Legasi yang terus hidup
Manga Haikyu!! mula diterbitkan sejak 2012 dan telah menamatkan siri pada Julai 2020. Sepanjang lebih lapan tahun, siri ini telah menyentuh hati jutaan peminat dengan jalan cerita menyentuh perasaan dan perkembangan watak yang mendalam, sekali gus menjadikannya antara karya anime paling berpengaruh. Keseluruhan 45 jilid manga telah terjual lebih 70 juta naskhah di seluruh dunia. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments