JANGAN ketinggalan menyaksikan pelbagai pengisian menarik di platform penstriman Max sepanjang Mei ini.
Sederetan filem blockbuster, siri original dan program realiti hebat bakal menemui penonton dengan kepelbagaian genre.
Antaranya tayangan perdana siri Max Original berjudul And Just Like That… musim ketiga, serta tayangan perdana filem blockbuster Wicked dan Gladiator II di Max.
Pastikan anda juga menonton musim kedua The Last of Us, siri asal HBO yang memenangi Emmy® sebelum episod akhir musim ini.
Raikan Hari Ibu dengan Mamma Mia!, The Blind Side, My Big Fat Greek Wedding 3, The Bakersfield 3: A Tale of Murder and Motherhood dan banyak lagi.
Filem pilihan
● Piece by Piece
Tayangan perdana pada 3 Mei dan juga akan tersedia di HBO (Astro Saluran 411/Unifi TV Saluran 401) pada jam 9 malam.
● The Bikeriders
Tayangan perdana pada 10 Mei dan juga akan tersedia di HBO (Astro Saluran 411/Unifi TV Saluran 401) pada jam 10 malam.
● Gladiator II
Tayangan perdana pada 17 Mei dan juga akan tersedia di HBO (Astro Saluran 411/Unifi TV Saluran 401) pada jam 10 malam.
● Wicked
Tayangan perdana pada 31 Mei dan juga akan tersedia di HBO (Astro Saluran 411 / Unifi TV Saluran 401) pada jam 9 malam.
Siri pilihan
● Grizzy and the Lemmings (Musim Kempat)
Tayangan perdana pada 1/15 Mei.
● Max Original Duster
Tayangan perdana pada 16 Mei.
● Rick and Morty (Musim Kelapan)
Tayangan perdana pada 26 Mei.
● Batwheels (Musim Kedua)
Tayangan perdana pada 29 Mei.
● Max Original And Just Like That… (Musim Ketiga)
Tayangan perdana pada 30 Mei.
Tonton tayangan perdana produksi asal Perancis, Malditos dan Breaking the Bank: One Trader, 50 Billion pada 2 Mei dan 25 Mei. Jangan lupa untuk menonton episod akhir musim kedua drama siri original HBO, The Last of Us pada 26 Mei.
Program realiti
● The Bakersfield 3: A Tale of Murder and Motherhood
Discovery - Tayangan perdana pada 12 Mei.
● Home Town (Musim Kelapan)
HGTV - Tayangan perdana pada 21 Mei.
● The Baldwins
TLC - Tayangan perdana pada 22 Mei.
● The Big Clean
TLC - Tayangan perdana pada 25 Mei.
● Morimoto’s Sushi Master
AFN - Tayangan perdana pada 27 Mei. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments