Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Marshall perkenal warna baharu: Minor IV Cream, Emberton III Sage

Minor IV Cream dan Emberton III Sage | FOTO: Marshall

DIREKA untuk mereka yang berani tampil menonjol, Minor IV dalam Cream dan Emberton III dalam Sage menggabungkan gaya klasik dengan prestasi luar biasa.

Sama ada anda sedang bergerak atau ingin tampil berani, warna baharu ini memastikan bunyi anda setanding dengan penampilan yang ikonik.

Warna Sage untuk Emberton III

Diinspirasikan oleh gerakan hippie yang penuh semangat bebas, Marshall kini memperkenalkan Sage sebagai warna terbaru untuk siri Emberton III.

Menampilkan ciri ikonik dan kuat, Emberton III menawarkan lebih 32 jam masa bermain tanpa wayar dengan sekali cas serta reka bentuk kalis habuk dan air, serta tahan lasak.

Speaker mudah alih ini benar-benar mewakili semangat 'on-the-road' Marshall. Dengan pilihan warna Black dan Cream yang sudah berada di pasaran, kini Sage melengkapkan koleksi ini dengan gaya klasik Marshall yang menonjol.

Sebagai warna yang melambangkan keseimbangan dan ketenangan, Sage menambah kepelbagaian dan fleksibiliti dalam siri Emberton III.

Speaker ini bukan sahaja bersaiz kompak tetapi cukup berkuasa untuk menahan pelbagai elemen cuaca dengan tetap memberikan bunyi berkualiti sepanjang hari.

Dengan teknologi True Stereophonic, Marshall membawa pengalaman bunyi multidimensi yang memenuhi ruang anda dari setiap sudut.  Kini dalam warna Sage, muzik boleh dinikmati dengan gaya yang selari dengan personaliti diri sendiri.

Emberton III Sage yang klasik dan ikonikFOTO: Marshall

Ciri-ciri utama Emberton III

Marshall signature sound

Menyampaikan bunyi ikonik Marshall dengan Dynamic Loudness yang menyesuaikan keseimbangan nada agar muzik anda tetap jelas pada setiap tahap kelantangan.

True stereophonic
Dilengkapi dengan True Stereophonic, satu bentuk bunyi multi-arah yang unik daripada Marshall. Rasai bunyi yang lebih superior mengelilingi anda dan memenuhi ruang.

32+ Jam masa main tanpa wayar
Menawarkan 32+ jam waktu main tanpa wayar hanya dengan sekali cas, membolehkan anda dapat terus mendengar sepanjang hari.

Kalis habuk dan air
Dibina untuk kehidupan penuh aksi, Emberton III mempunyai reka bentuk tahan lasak yang mampu menahan habuk dan hujan.

Mikrofon 'built-in'
Walaupun muzik menjadi keutamaan, Marshall memahami bahawa kehidupan eharian boleh menjadi sibuk. Kini, Emberton III dilengkapi mikrofon 'built-in' untuk panggilan bebas tangan yang lebih jelas.

Bluetooth Le Audio
Dilengkapi untuk menyokong Bluetooth LE Audio, teknologi masa depan yang membuka kemungkinan baharu dalam perkongsian audio dengan Auracast.

Warna klasik baharu 'Cream' untuk Minor IV

Marshall kini menambah satu lagi warna klasik dalam barisan Minor IV dengan kehadiran Minor IV dalam Cream. Dikenali dengan kebebasan bergerak yang ditawarkan, warna baharu ini membawa lebih gaya kepada koleksi Minor IV.

Setiap produk dalam siri Marshall Minor direka untuk mereka yang mahu menonjol melalui pemilihan warna earbud mereka. Minor IV dalam Cream mengekalkan konsep ini.

Dengan reka bentuk ‘mirrored touch-sensitive’, earbud ini membolehkan pemiliknya menyesuaikan gaya mereka dengan muzik yang mereka dengar, di mana sahaja berada.

Minor IV dalam Cream direka untuk menarik perhatian, ringkasnya ini adalah gaya klasik yang akan kekal relevan untuk tahun-tahun akan datang.

Dengan reka bentuk selesa, masa bermain lebih daripada sehari penuh dan kesesuaian yang dipertingkatkan, Minor IV dalam Cream kini menawarkan gabungan bunyi dan gaya tanpa sebarang kompromi.

Minor IV Cream tampil penuh gaya | FOTO: Marshall

Ciri Utama Minor IV

Marshall signature sound
Marshall sentiasa mengutamakan kualiti bunyi, dan Minor IV tidak terkecuali. Putar muzik dan nikmati bunyi yang seimbang dan memikat perhatian.

30+ Jam masa main tanpa wayar
Jangan biarkan muzik anda terhenti. Minor IV menawarkan 30+ jam masa main dan memastikan anda terus menikmati lagu kegemaran sepanjang hari.

Reka bentuk diperbaharui untuk keselesaan maksimum
Untuk keselesaan sepanjang hari, Minor IV hadir dengan reka bentuk earbud dan stem baharu yang lebih ergonomik. Ia juga kalis air, membolehkan seseorang terus menikmati muzik walaupun dalam hujan.

Kawalan mudah dan penyesuaian bunyi
Pengguna boleh navigasi muzik dan panggilan lebih mudah dengan Bluetooth Multipoint Connectivity, yang membolehkan sambungan ke pelbagai peranti secara serentak. Bunyi juga boleh disesuaikan mengikut citarasa melalui aplikasi Marshall.

Jangka hayat lebih panjang
Panjangkan lagi jangka hayat Minor IV dengan ciri Battery Preservation dalam aplikasi, kemas kini Over-the-Air (OTA), serta pilihan untuk menggantikan bahagian yang rosak.

Sokongan Bluetooth Le Audio
Minor IV kini bersedia untuk Bluetooth LE Audio, yang menawarkan kualiti bunyi lebih tinggi, jarak penstriman lebih luas, dan penyelarasan audio lebih baik ketika menonton video. 

Dua produk baharu ini menawarkan sesuatu yang menarik bagi peminat Marshall yang menginginkan gabungan prestasi, reka bentuk yang menarik, dan ketahanan. 

Baik Emberton III dalam Sage ataupun Minor IV dalam Cream, kedua-duanya membawa kualiti bunyi Marshall yang tidak tergugat, membolehkan anda menikmati muzik dalam gaya yang tersendiri.

Kini tersedia di Marshall.com dan pengedar sah seluruh Malaysia. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments