Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kekal cantik dan bertenaga di usia 60 tahun, Jojie kongsi rahsia awet muda

Jojie kongsi rahsia awet muda dan kekal bertenaga menerusi Semanis

M
ESKIPUN usianya sudah mececah 60 tahun, kakak kepada Ratu Rock Ella, Jojie kekal anggun dan sentiasa bertenaga menjalani rutin kehidupan sehariannya.

Tidak lokek berkongsi rahsianya kekal awet muda, Jojie atau nama sebenarnya Rozita Aminuddin, berkata, semenjak kecil  dia sudah terbiasa mengamalkan makanan sunnah.

“Ayah saya berketurunan Arab, jadi sejak kecil memang kami adik-beradik sudah disuruh makan makanan sunnah seperti kurma dan saffron.

“Sehari saya akan makan sebanyak tujuh biji kurma. Pada usia macam ini sangat penting untuk jaga pemakanan. Kawan-kawan seusia saya, ramai yang hidap pelbagai penyakit.

"Alhamdulillah setakat ini saya tidak ada sebarang penyakit mungkin berkat amalan pemakanan sunnah dan gaya hidup aktif saya,” jelasnya.

Biarpun bukan artis, nama Jojie sememangnya tidak asing dalam industri hiburan tanah air. Dia telah menjadi pengurus dan perancang kerjaya seni Ella selama lebih 35 tahun.

Di sebalik kesibukan dan cabaran kerjaya, anak kelahiran Klang ini tetap tampak ceria, cergas dan bersemangat. Justeru, tidak hairanlah ramai kenalan sering bertanya rahsia penjagaan diri dan tenaga luar biasanya.

Inspirasi peribadi ke produk kesihatan

Wanita berdarah campuran Melayu, Arab dan Eropah itu akhirnya terdorong untuk berkongsi rutin dan rahsia dirinya melalui produk minuman kesihatan hasil jenamanya sendiri, Semanis by Jojie Beauty.


Dilancarkan pada Mac lalu, Semanis merupakan minuman campuran Vitamin C bersama ekstrak Blueberi, Torula Yeast, Kulat Putih, Habbatus Sauda, Halia dan pelbagai bahan lain yang bermanfaat.

“Idea penghasilan Semanis datang daripada pertanyaan kawan-kawan yang ingin tahu rahsia saya sentiasa bertenaga dan awet muda.

"Penghasilan Semanis tidak mudah seperti yang disangka. Cabaran demi cabaran saya dan team Jojie Beauty lalui demi untuk menghasilkan produk yang berkualiti.

“Proses nak hasilkan produk ni bukan mudah. Saya dan team Jojie Beauty hadapi banyak cabaran. Malah team R&D juga ambil masa lama untuk sesuaikan formula yang saya betul-betul puas hati,” katanya semasa ditemui di majlis pelancaran Semanis baru-baru ini.

Menurut Jojie lagi, ujian logam berat dan mikrobiologi turut dijalankan untuk memastikan produk bebas pencemaran, demi menjamin kualiti dan keselamatan pengguna.

Dalam pada itu, dia yang kini aktif dalam bidang perniagaan meluahkan rasa syukur apabila produk yang dihasilkan dapat dikongsi dengan orang ramai. 

“Kulit sihat dan tubuh bertenaga adalah keutamaan kita semua, terutama mereka yang sibuk bekerja. Kadang-kadang kita tak sedar betapa lesunya diri.

"Jadi Semanis dapat membantu memberikan semula tenaga dan kesegaran,” jelasnya yang turut mempelawa orang ramai yang berminat menjadi ejen atau stokis kepada produk itu.

Wanita serba boleh

Kisah kejayaan Jojie baik dalam kerjaya seni mahupun sebagai usahawan ternyata banyak memberikan inspirasi kepada ramai wanita lain diluar sana.

Apatah lagi, dia yang mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Syahrizal Haji Ismail pada 2015 itu juga sibuk menguruskan keluarga.

Jojie bersama anak, Yang Maryam Syahrizal

Pastinya tidak mudah bagi wanita bekerjaya sepertinya membahagikan masa agar tumpuan dan tanggungjawab kepada suami serta anak perempuannya, Yang Maryam Syahrizal yang kini berusia lapan tahun tidak diabaikan.

Keseimbangan antara kerjaya, perniagaan dan keluarga yang diuruskan Jojie menjadikan dia contoh wanita moden yang serba boleh, cantik, bijak, dan bertenaga luar biasa. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments