Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Insomniacks Lancar EP Inggeris pertama, rungkai cerita suka duka dalam Awake & Dreaming

Insomniacks

SENTIASA tampil dengan karya yang menjadi igauan ramai, kumpulan Insomniacks sememangnya berjaya mencetak nama utuh dalam industri muzik tanah air.

Dianggotai Iqie selaku penyanyi utama, Iskandar sebagai pemain bes dan Dan sebagai pemain gitar, kreativiti mereka tidak pernah putus menghasilkan karya terbaik untuk peminat.

Kini, Insomniacks melangkah setapak lagi ke depan dengan pelancaran EP Inggeris sulung mereka yang berjudul Awake & Dreaming, sebuah pencapaian baharu dalam koleksi diskografi mereka.

Menurut Iqie, hasrat untuk menghasilkan koleksi lagu Inggeris sendiri sudah lama mereka pendamkan. Proses penghasilan EP ini bukan sahaja mengasah kreativiti mereka, malah memberi ruang untuk mereka mengeksplorasi sisi berbeza dalam berkarya.

“Kami sentiasa teringin lancarkan lagu-lagu inggeris sendiri sejak awal penubuhan kumpulan ini. Kami yakin pengikut dan pendengar muzik kami di Malaysia juga sudah bersedia untuk melihat sisi baharu Insomniacks.

“Proses penulisan lagunya cukup menyeronokkan. Terasa menyegarkan apabila menulis sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. EP ini adalah koleksi idea dan pengalaman daripada zaman remaja kami.

“Ia merungkai pelbagai emosi yang mengajar kami sepanjang tempoh meniti kedewasaan. Kami berharap karya ini akan mampu menyentuh jauh dalam lubuk hati pendengar,” katanya.


Secara keseluruhannya, Awake & Dreaming merungkai kesulitan dalam fasa berbeza mengenai kesihatan mental. Pada masa sama, peduli terhadap perasaan setiap mereka yang melalui pengalaman terhadap isu itu.

Inspirasi

Tambah Dan, EP itu terinspirasi daripada perjuangan mereka dengan insomnia pada masa lalu. Masalah tersebut membuatkan mereka sering terperangkap antara realiti dan mimpi, dan ia menjadi tema utama dalam lagu-lagu mereka.

“Inspirasi di sebalik lagu Awake & Dreaming khususnya tercetus daripada kisah mereka yang bergelut dengan insomnia sehingga terperangkap dalam kesunyian di malam hari atau waktu dilanda kesibukan pada hari siang.

“Walaupun ditulis sedekad yang lalu, ia tetap mengimbau kembali masa dan emosi dilalui ketika itu. Akhirnya tahun ini kami dapat memberinya nafas baharu dengan suntikan bunyi moden dan nostalgia.

“Ia membawa kami kembali kepada permulaan kembara sebagai pemuzik serta sokongan peminat kami. Dengan rakaman lebih rapinya, pasti penantian ramai akan berbaloi,” katanya.

Dengan EP terbaru ini, Insomniacks semakin dekat dengan impian mereka untuk mengadakan konsert sendiri. Selain seleksi lagu-lagu melayu hit seperti Pulang, Reminisensi, dan Sempurna, kini mereka tambahkan karya Inggeris pula.

Lagu hit mereka seperti Reminisensi dan Sempurna kini berada di carta domestik RIM sebagai Top 10 Lagu Domestik Paling Strim di Malaysia.


Dengan penambahan koleksi lagu Inggeris dalam diskografi mereka, kumpulan ini terus menunjukkan kemampuan mereka untuk berkembang dan menyampaikan karya yang lebih versatil.

“Pendengar akan dapat melihat sisi baru kami yang lebih fresh dan versatil. Kami sangat teruja untuk berkongsi pengalaman kami dalam EP ini, dan berharap semua yang mendengarnya dapat merasai getaran muzik kami,” kata Iskandar.

Awake & Dreaming yang mengetengahkan genre pop rock dihasilkan sepenuhnya  Iqie, Dan, dan Iskandar. Turut merealisasikan projek itu adalah JOEK selaku produser dan Joseph Chua sebagai penyusun muzik.

EP ini memuatkan lima lagu iaitu Anti-hero, Awake & Dreaming, Overdrive (feat. KillaDriz), Some Days Are Just Better, dan Why Don’t You Cry- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

إرسال تعليق

0 تعليقات