Hot Posts

6/recent/ticker-posts

End of the World, single baharu Miley Cyrus yang 'sesuatu'


Oleh: SORAYA AFNAN

BINTANG pop Miley Cyrus kini melancarkan single global berjudul End of the World, yang dimuatkan dalam album terbaharunya, Something Beautiful terbitan Columbia Records yang bakal rilis pada 30 Mei depan.

Single End of the World hadir dengan pakej menakjubkan dan membawa estetika unik dalam projek terbaharu Miley ini ke dalam kehidupan.

Tidak hanya itu, muzik video (MV) rasmi lagu ini turut menunjukkan Miley, 32, dalam elemen semulajadinya atas pentas. Paparan mikrofon di tangan dengan penampilan memukau, pasti mengingatkan peminat kepada persembahan luar biasanya di Anugerah Grammy 2024. Walaupun nampak ringkas dan minimalis, tetapi tetap memukau dan penuh gaya artistik.

Menerusi MV terbabit juga, bintang asal Tennessee, Amerika Syarikat itu cukup mencuri perhatian dengan penampilannya yang mengenakan persalinan Mugler oleh Casey Cadwallader.

Rekaan eksklusif itu telah memberikan sentuhan bergaya dan berani kepada keseluruhan visual dan pengalaman sinematik itu.



Miley sememangnya sinonim dengan kreativiti dalam menentukan konsep setiap karya seninya. Malah setiap karyanya yang rilis terus berkembang sebagai visi seni yang menggabungkan muzik, fesyen dan sinematografi dalam satu pengalaman visual luar biasa.

Biarpun baru sahaja dilancarkan, single End of the World ini mungkin sudah tidak asing lagi buat peminat setia Miley kerana ia diperdengarkan ketika persembahan ekslusif penyanyi bersuara unik itu di Chateau Marmont, lokasi ikonik di Hollywood.

Ketika itu Miley memberi peluang kepada peminat terpilih untuk mendengar muzik dan karya baharunya yang tulen meski belum dilancarkan untuk memberikan gambaran awal tentang apa yang akan datang dalam album terbaharunya nanti.

End of the World menjadi pratonton menarik bagi album Something Beautiful, di mana Miley terus mencabar sempadan dalam dunia muzik dan penceritaan visual yang mempersonakan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments