Shida |
Oleh: SHAZAN ZAIDI
PEMAIN badminton beregu wanita Jepun, Chiharu Shida meluah rasa kesal apabila menjadi mangsa intipan peminat fanatik di China sehingga membuatkan dirinya takut dan tidak selesa.
Tindakan luar batas peminat di negara itu yang obses dengan kehidupan peribadinya yang dikatakan sudah berlarutan sejak lebih setahun lalu.
Berikutan itu, Shida, 27, memuat naik satu hantaran di laman Instagram Story miliknya, untuk menggesa pihak terbabit untuk menghentikan perbuatan tidak bermoral itu.
"Setiap kali bertanding di China, kami pasti mengalami gangguan daripada peminat. Keadaan ini sudah berlarutan selama setahun setengah.
"Kebelakangan ini saya sangat tidak selesa dan takut," luahnya dalam satu hantaran yang ditulis dalam bahan Mandarin.
Dalam luahan sama, atlet yang mempunyai ramai peminat itu turut memberi amaran akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika ia masih berterusan.
Sebelum ini Shida pernah berdepan masalah sama ketika menyertai kejohanan di China apabila terdapat segelintir peminat fanatik yang melakukan perbuatan sama.
Sebelum ini Shida pernah berdepan masalah sama ketika menyertai kejohanan di China apabila terdapat segelintir peminat fanatik yang melakukan perbuatan sama.
"Saya mohon tolong hentikan perbuatan mengintip saya. Jika ia masih berterusan, saya akan mengambil tindakan," tegasnya.
Bagaimanapun atlet jelita itu mengakui tidak semua peminat yang bersikap seperti itu dan hanya segelintir daripadanya sahaja.
Shida tetap menghargai serta berterima kasih kepada merea yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepadanya.
Pasangan regu kepada Nami Matsuyama yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu kini sedang beraksi dalam Kejohanan Badminton Asia yang berlangsung di Ningbo, Biejing, China pada 8 hingga 13 April. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments