| FOTO: redBus |
DARIPADA momen menarik untuk Instagram dan TikTok hinggalah kepada pelbagai aktiviti penuh debaran, Gen Z sentiasa mencari pengalaman perjalanan yang unik dan luar biasa.
Untuk membantu anda merancang hujung minggu atau 'short getaway' yang estetik dan menyeronokkan, redBus menyenaraikan lima aktiviti menarik merangkumi pengalaman mendebarkan, kreatif serta immersif. Semuanya sesuai untuk dikongsi di media sosial.
Tidak kira gaya perjalanan anda, aktiviti dan pengalaman ini patut dimasukkan dalam 'bucket list'.
| FOTO: Royal Selangor |
1. Cipta karya perak di The Foundry Workshop
Terokai warisan timah Malaysia dengan pengalaman hands-on di The Foundry Workshop, Royal Selangor. Anda berpeluang membentuk timah cair menjadi karya peribadi seprti loket, rantai kunci atau cenderamata eksklusif.
Dengan acuan yang telah disediakan, pengalaman ini bukan sahaja mudah tapi memuaskan. Ia bukan sekadar seni kraf, tapi kombinasi kreativiti dan sejarah di mana anda peluang melihat legasi pembuatan timah negara dengan lebih dekat. Tidak hanya itu, hasil kerja tangan anda sendiri boleh dibawa pulang.
| FOTO: DE’8000 Mini Golf |
2. Tee Off dengan kelainan di Mini Golf
Mini golf bukan sekadar hobi santai. Apatah lagi di DE’8000 Mini Golf, ia jadi satu pengalaman estetik yang penuh cabaran.
Lokasi tertutup yang bergaya ini memberi nafas baharu kepada permainan mini golf dengan cabaran bertema yang penuh dengan terowong, jambatan, dan reka bentuk yang diinspirasikan oleh roller coaster.
Sama ada anda datang untuk bersaing secara santai atau hanya mahu rancangan hujung minggu yang berlainan, ia adalah gabungan sempurna antara nostalgia dan keterujaan.
Selepas permainan, berehatlah di kafe yang cozy. Semestinya tempat lepak Gen Z perlu ada ruang yang selesa untuk bersantai, mengecas semula tenaga, dan merakam gambar estetik yang cantik untuk media sosial.
| FOTO: redBus |
3. Langkah kaki atas ais dan luncur
Sama ada anda tergoyang-goyang semasa pusingan pertama atau berpaut pada pagar dengan penuh harapan, luncur ais adalah pengalaman yang akan kekal dalam ingatan. Ia tentang keseronokan dan tawa bersama rakan-rakan cuba untuk kekal seimbang, mencuba pusingan yang menarik untuk TikTok, atau melakonkan semula babak drama romantik atas ais.
Jadi, ikatkan kasut luncur anda, jejakkan kaki di atas ais, dan lihat ke mana luncuran membawa anda. Tersedia di 163 Retail Park, KL East Mall dan Paradigm Mall Johor Bahru.
| FOTO: Breakout Escape Game |
4. Uji kepintaran dalam Escape Room
Pernahkah anda terperangkap dalam sebuah bilik dengan hanya 60 minit untuk meloloskan diri? Itulah keseronokan dalam escape room. Anda perlu selesaikan teka-teki, cari kod rahsia, dan buka laluan keluar di mana semuanya dalam tekanan masa.
Sama ada anda cuba melarikan diri dari penjara kawalan tinggi, menyusun misteri yang membingungkan, atau bertahan dalam cabaran bertema seram, ia adalah pengalaman mendebarkan yang tiada tandingan.
Dengan Escape Room yang semakin bertambah di pelbagai negeri, anda akan sentiasa ada cabaran baharu untuk dihadapi. Lawati Escape Room ini di Avenue K dan NU Sentral (Kuala Lumpur) serta Melaka.
| FOTO: Kuala Selangor Website |
5. Saksikan Kelip-Kelip Kuala Selangor
Mungkin ini bukan aktiviti tipikal Gen Z, tapi ia adalah pengalaman semula jadi yang magis dan estetik. Hutan bakau di Kuala Selangor menyinari pada waktu malam dengan ribuan kelip-kelip yang menyinar dengan irama alam, mencipta kilauan seperti masuk ke dunia fantasi.
Dengan menaiki bot di sepanjang sungai, anda akan mendapatkan tempat terbaik untuk menyaksikan pemandangan semulajadi yang memukau.
Ini 'hidden gem' yang wajib cuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Pengalaman Kuala Selangor Fireflies Boat Cruise ini merupakan pengembaraan alam semula jadi dan fantasi yang pasti menyerikan feed sosial anda.
Jadi, kenapa terus kekal dengan yang biasa apabila begitu banyak pengalaman menarik dan unik yang menanti?
Sama ada anda mengejar adrenalin, mencari saluran kreatif, atau menginginkan sesuatu yang luar biasa, aktiviti-aktiviti ini membuktikan bahawa sentiasa ada sesuatu yang baharu untuk dicuba. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments