Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Angelina Jolie sekali lagi nyatakan sokongan terhadap Gaza

Angelina Jolie

PELAKON Angelina Jolie sekali lagi menyuarakan sokongan terhadap Gaza, dalam usaha berterusannya mengetengahkan isu kemanusiaan di wilayah bergolak itu.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, pelakon dan aktivis kemanusiaan berusia 50 tahun itu berkongsi laporan daripada pertubuhan Doctors Without Borders, yang menggambarkan Gaza sebagai 'kubur besar buat rakyat Palestin'.

“Ketika tentera Israel meneruskan dan memperluaskan serangan ketenteraan melalui udara, darat dan laut ke atas Semenanjung Gaza, mereka memaksa penduduk berpindah dan secara sengaja menghalang bantuan penting.

"Nyawa rakyat Palestin sekali lagi dimusnahkan secara sistematik,” demikian menurut kenyataan yang dikongsi Jolie.

Bintang filem Maleficent itu sebelum ini turut lantang bersuara di media sosial berhubung konflik berpanjangan yang menimpa rakyat Palestin, terutama sejak serangan agresif Israel yang dilancarkan ke atas Gaza pada Oktober 2023.

Gencatan senjata

Sebagai bekas Duta kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Jolie turut menyeru agar gencatan senjata dilaksanakan serta-merta bagi menghentikan pertumpahan darah dan menyelamatkan lebih banyak nyawa terkorban.

Laporan sama yang dikongsi ibu kepada enam anak itu juga menekankan bahawa serangan berterusan Israel bukan sahaja mengancam rakyat Palestin, malah turut membahayakan petugas kesihatan dan bantuan kemanusiaan di lapangan.

Pertubuhan itu menyeru agar pihak berkuasa Israel segera menamatkan kepungan kejam dan tidak berperikemanusiaan ke atas Gaza, serta memastikan perlindungan terhadap semua nyawa.

Sehingga kini, lebih 51,000 rakyat Palestin yang kebanyakannya adaah wanita dan kanak-kanak dilaporkan terbunuh sejak serangan ganas bermula Oktober 2023 itu. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments