Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Andor kembali dengan musim terbaharu 23 April Ini – Penamat epik buat siri prekuel Star Wars

FOTO: Disney+ Hotstar

DISNEY+ Hotstar melancarkan treler dan poster rasmi yang mendebarkan untuk musim kedua dan terakhir siri Andor terbitan Lucasfilm, yang sangat dinantikan peminat.

Musim penamat siri yang pernah dicalonkan Emmy® itu akan ditayangkan bermula 23 April ini di mana kisahnya berlangsung ketika dunia semakin menghampiri kancah peperangan, dengan Cassian Andor memainkan peranan penting dalam kebangkitan Gerakan Pemberontak.

Setiap watak bakal diuji, dan apabila taruhan semakin tinggi, pengkhianatan, pengorbanan serta pertembungan agenda akan menjadi lebih mendalam dan mendebarkan.

Sarat dengan elemen intrik politik dan bahaya, siri ini merupakan prekuel kepada filem Rogue One: A Star Wars Story, yang menampilkan sekumpulan pejuang Pemberontak berani mencuri pelan senjata pemusnah Empayar, Death Star, yang seterusnya menjadi permulaan kepada kisah epik dalam filem Star Wars (1977).

Andor membawa penonton lima tahun ke belakang sebelum peristiwa Rogue One, menceritakan kisah awal Cassian Andor, dari seorang lelaki sinis dan tidak ambil peduli, kepada seorang wira yang memperjuangkan harapan sejagat.

Musim penamat ini terdiri daripada 12 episod dan dibahagikan kepada empat babak dengan tiga episod setiap satu. Babak pertama akan ditayangkan bermula 23 April, manakala babak-babak seterusnya akan disiarkan setiap minggu secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

FOTO: Disney+ Hotstar 

Barisan pelakon musim kedua Andor menampilkan Diego Luna, Stellan Skarsgård, Genevieve O’Reilly, Denise Gough, Kyle Soller, Adria Arjona, Alan Tudyk, Faye Marsay, Varada Sethu, Elizabeth Dulau, bersama Ben Mendelsohn dan Forest Whitaker.

Siri ini diterbitkan oleh Tony Gilroy yang juga merupakan pencipta utama, bersama penerbit eksekutif Kathleen Kennedy, Sanne Wohlenberg, Diego Luna, Luke Hull dan John Gilroy.

Tony Gilroy turut menulis tiga episod pertama, manakala episod 4 hingga 6 ditulis oleh Beau Willimon, diikuti episod 7 hingga 9 oleh Dan Gilroy, dan episod 10 hingga 12 oleh Tom Bissell.

Andor diarahkan oleh Ariel Kleiman untuk episod 1 hingga 6, Janus Metz (7-9), dan Alonso Ruizpalacios (10-12).

Sebagai persediaan untuk musim baharu, peminat boleh menonton pelbagai kandungan menarik Andor di YouTube, termasuk video eksklusif pratonton musim kedua, video ringkasan berdurasi 14 minit untuk musim pertama, serta sesi istimewa Andor Season 1 with Tony Gilroy- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments