INDUSTRI seni kehilangan sebutir lagi bintang dengan pemergian pelakon veteran Datin Noor Azizah Azizul Hassan yang disahkan meninggal dunia pada pagi Isnin.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 79 tahun di kediamannya di Kampung Sungai Paloh, Ipoh, Perak sekitar jam 3 pagi, akibat sesak nafas.
Berita pemergian bintang legenda itu disahkan oleh anaknya yang dikenali sebagai Khairena.
Noor Azizah memulakan kerjaya seninya pada 1965 menerusi filem Dayang Senandong sebagai pelakon tambahan sebelum namanya mula dikenali ramai menerusi Enam Jahanam arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada tahun 1969.
Antara filem lain yang turut dibintangi Allahyarham ialah Jangan Tinggal Daku, Kembang Layu, Durjana, Di Belakang Tabir, Perintah Sri Paduka, Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh, Sayang Anakku Sayang, Cinta dan Lagu serta Pendekar.
Pada 2000, Noor Azizah membintangi filem arahan Othan Hafsham, Soal Hati bersama Erra Fazira dan Afdlin Shauki.
Allahyarham juga pernah membintangi filem terbitan negara jiran, Indonesia sebagai pelakon utama dalam filem Malim Kundang pada tahun 1971 bergandingan bersama aktor terkenal negara itu, Rano Karno.
Selain itu, pelakon jelita asal Kinta, Perak itu juga pernah terlibat dalam produksi Australia menerusi drama bersiri popular Bailey Bird sebagai Doktor Susan Lim pada 1977.
Difahamkan jenazah Noor Azizah yang juga ibu kepada dua cahaya mata akan dikebumikan selepas zuhur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sg Paloh, Ipoh. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:

0 Comments