Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Love Wins! Ailee, Choi Si Hoon kini bergelar suami isteri

SETELAH lebih setahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi popular Korea Selatan, Ailee, 35, dan pasangannya, Choi Si Hoon selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Majlis penyatuan dua hati itu diadakan dalam suasana tertutup di daerah Gangnam, Korea Selatan pada petang Ahad dan hanya dihadiri keluarga serta teman rapat kedua pasangan pengantin.

Pasangan ini terlebih dahulu mendaftarkan perkahwinan mereka pada Ogos tahun lalu sebelum mengikat tali perkahwinan secara rasmi dengan lafaz ikrar, yang disaksikan oleh orang terdekat.

Kedua-duanya berjanji untuk menjaga, menghormati, dan menyayangi antara satu sama lain seumur hidup.

Menurut laporan portal hiburan tempatan, Si Hoon, yang merupakan bekas peserta rancangan realiti popular Single’s Inferno itu berjanji akan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dengan baik dan menyayangi penyanyi bersuara emas itu dengan sepenuh hati.

"Kepada isteri tercinta, Lee Ye-jin, yang paling saya sayangi di dunia, kisah cinta kami akan berterusan selama-selamanya dan hari ini, kami telah menambah satu lagi episod yang indah," tulisnya di akaun Instagram miliknya.

Mengulas mengenai perancangan bulan madu, Ailee, yang terkenal dengan lagu I Will Go to You Like the First Snow, berkongsi bahawa mereka telah memilih Dubai dan Maldives sebagai destinasi percutian istimewa mereka.

Pasangan ini merancang untuk bercuti selama 10 hari sebelum kembali sibuk dengan komitmen kerjaya masing-masing
- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments