Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Hikayat Ayam Zamrud, pilihan hebat di The Chicken Rice Shop sepanjang Ramadan dan Syawal

Hikayat Ayam Zamrud

SEPANJANG Ramadan dan Syawal, The Chicken Rice Shop (TCRS)membawakan hidangan istimewa, Hikayat Ayam Zamrud, yang diinspirasikan daripada semangat kebersamaan dan tradisi.

Tersedia untuk masa terhad, hidangan istimewa itu bakal menambahkan lagi keceriaan berbuka puasa dan musim perayaan dengan cita rasa yang menggamit selera dan gaya hidangan yang menarik.

TCRS meraikan orang ramai untuk merasakan sesuatu yang luar biasa dengan Hikayat Ayam Zamrud, hidangan yang mencerminkan semangat, kebahagiaan, dan cita rasa Hari Raya.

Hidangan istimea ini menggabungkan ayam yang empuk dengan sambal hijau memukau iaitu gabungan sempurna cili hijau pedas, herba beraroma, dan rasa masam limau yang menyegarkan.

Setiap suapan menceritakan kisah transformasi, hidangan yang penuh dengan rasa dan warna ini dicipta khas untuk menyampaikan rasa sebenar kulinari Malaysia.


Berkongsi makna di sebalik hidangan eksklusif itu, wakil TCRS Restaurants Sdn Bhd, Jane Wong berkata, Hikayat Ayam Zamrud melambangkan komitmen pihaknya dalam mencipta pengalaman kulinari yang bermakna dan menyatukan keluarga.

“Hidangan ini bukan sekadar menggamit selera, tetapi juga meraikan warisan budaya kita yang kaya dan hubungan yang terjalin apabila kita makan bersama.

"Sempena bulan Ramadan dan Syawal yang penuh keberkatan ini, kami ingin menawarkan sesuatu yang benar-benar istimewa untuk menghormati tradisi sambil mencipta kenangan baharu di meja makan,” ujarnya pada majlis berbuka puasa TCRS bersama media pada Khamis lalu.

Dalam menyemai semangat Ramadan, TCRS turut meraikan semangat perayaan ini melangkaui pintu restorannya dengan menganjurkan program sumbangan makanan khas.

Dengan misi untuk menyebarkan kegembiraan, TCRS telah menyumbangkan hidangan Hikayat Ayam Zamrud kepada empat rumah anak yatim di Lembah Klang iaitu Rumah Anak-Anak Yatim Shifa, Rumah Penyayang Nur Iman, Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, dan Rumah Titian Kaseh.

Melalui inisiatif tersebut, TCRS berhasrat untuk memastikan bahawa anak-anak dan penjaga di rumah kebajikan itu dapat menikmati hidangan yang enak dan menyelerakan, sekali gus merasakan kemeriahan Ramadan.


TCRS mahu terus menginspirasikan orang ramai untuk menghayati nilai belas kasihan dan perpaduan, terutamanya pada musim yang menekankan kebersamaan. 

Hidangan istimewa Ramadan dan Syawal ini amat sesuai untuk keluarga yang mencari juadah lazat dan mengenyangkan selepas seharian berpuasa, serta buat sesiapa sahaja yang ingin menikmati sajian bermusim yang istimewa.

Sama ada dinikmati untuk berbuka puasa, pertemuan jamuan perayaan, atau sebagai hidangan santai, Hikayat Ayam Zamrud menjanjikan pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments