Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kepulangan Tak Dinanti, drama pendek dalam loghat Perak yang sarat mesej


RTM melalui Unit Drama TV mengorak langkah memulakan projek perintis menerbitkan mikro drama khas untuk tayangan istimewa sempena sambutan Aidilfitri 2025 yang bakal tiba.

Penghasilan drama berdurasi 15 minit berjudul Kepulangan Tak Dinanti arahan Zarool Fahmee Khairuddin itu disiarkan 10 episod menerusi platform penstriman (OTT) milik RTM, RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

Bakal bersiaran pada malam raya, drama pendek yang menggunakan loghat Perak itu menjalani penggambaran empat hari pada bulan Februari lalu.

RTM mengharapkan drama yang sarat dengan turun naik emosinya ini sampai ke hati setiap penonton apatah lagi pendekatannya plot ceritanya dekat dalam diri masyarakat yang kaya dengan nilai budi dan budaya.

Tambahan pula mesej disampaikan secara santai dan komedi berbanding drama raya lain yang sarat kesedihan. 

Kepulangan Tak Dinanti mengisahkan tentang Zam yang sudah tiga bulan tidak pulang ke kampung ekoran ibunya mahu berkahwin lagi. Namun sehari sebelum Ramadan berakhir dia terbuka hati pulang ke kampung setelah dipujuk teman serumahnya.

Tiba di kampung pada pagi raya Zam ingin bertemu ibunya dan memohon maaf. Alangkah terkejutnya dia apabila rumah ibunya kosong. Kelihatan rumah tidak berjaga, manakala ibunya tiada rumah. Zam berasa tersangat sedih dan beranggapan ibunya telah meninggal.

Drama ini menampilkan barisan pelakon yang terdiri daripada Faha Azhar, Ares Bahar, Datuk Fauziah Nawi, Khatijah Tan, Fathil Dani, Dewa Sapri, Yah Kuchai dan lain-lain.


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments