PUSAT beli belah 1 Utama membawa anda menikmati keindahan dekorasi bertemakan seni bina Islam menerusi Astana Aidilfitri, satu perjalanan imersif ke dalam karya agung dan megah dunia Islam.
Bermula 7 Mac hingga 6 April 2025, pusat beli-belah ini akan bertukar menjadi kota gemerlap denga keindahan sejarah, sekali gus menawarkan sambutan perayaan tiada tandingan.
Pengunjung dijemput untuk meneroka pavilion yang menakjubkan dan monumen megah yang diinspirasikan oleh warisan budaya Registan, Samarkand, sebuah mercu tanda bersejarah di Uzbekistan.
Pengunjung bakal di terpukau dengan reka bentuk mosaik unik, menara tinggi dengan corak yang berwarna-warni turut mengingatkan kepada zaman keagungan seni bina tradisi.
Diinspirasikan oleh Dataran Registan yang terkenal di Uzbekistan, dekorasi 1 Utama dihiasi dengan corak geometri yang rumit, jubin mosaik biru dan kaligrafi elegan yang penuh pesona.
Reka bentuk imersif ini menampilkan menara-menara tinggi, pintu gerbang melengkung, dan kubah hiasan yang terperinci membawa pengunjung ke tempat di mana seni, sejarah, dan budaya bertemu.
Di tengah-tengah Oval, Astana Pavilion mengambil tempat utama, mencerminkan seni bina megah Uzbekistan itu.
Pengunjung boleh berjalan melalui ruang yang direka dengan teliti ini, mempelajari pengaruh seni bina Islam sambil mengagumi kemahiran halus reka bentuk pavilion ini.
Dengan gerai-gerai beli-belah dan F&B yang mengelilingi pavilion, nikmati pasar raya kulinari yang meriah, dipenuhi dengan aroma rempah-rempah dan hidangan tradisional yang diwarisi turun-temurun.
Pameran ini dibawakan khas dengan kerjasama Kedutaan Uzbekistan, di mana pengunjung boleh melihat lebih dekat keunikan hasil tenunan tangan, pertanian tradisional, barangan seni kraf, serta pelbagai makanan istimewa dari negara Asia Tengah itu.
Aktiviti menarik
Raikan semangat Hari Raya di pusat beli belah 1 Utama dengan pelbagai aktiviti yang unik dan menarik bersama seisi keluarga.
Saksikan tarian tradisional Uzbekistan yang memukau dan melodi merdu dari alat muzik tradisionalnya yang membawa suasana perayaan hidup dengan warisan dan seni yang kaya.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai kegembiraan Hari Raya melalui pertunjukan langsung dan pameran budaya, menjadikan musim ini benar-benar istimewa untuk keluarga dan sahabat handai. Tidak hanya itu, terdapat juga bengkel interaktif dan aktiviti praktikal seperti seni membuat ondeh-ondeh.
Sama ada anda datang untuk menyaksikan persembahan atau sekadar menikmati suasana kemeriahan persiapan Raya, 1 Utama adalah destinasi sempurna untuk merayakan kebersamaan dan tradisi Aidilfitri.
Ganjaran dan promosi raya
• Astana Aidilfitri Treats
Nikmati hadiah-hadiah menarik dengan perbelanjaan minimum RM400 dan anda berpelan menerima set sampul eksklusif 1 Utama, Glass Carafe dan banyak lagi.
• Ceria Raya Bersama ONECARD & 1PAY
Nikmati ganjaran menarik dan pulangan tunai untuk perbelanjaan RM50 ke atas dengan 1PAY, atau mohon keahlian percuma selama lima tahun dan terima Glass Mug eksklusif secara percuma.
• Ceria Raya! @ ONESHOP.com.my
Beli-belah dalam talian di www.oneshop.com.my dan dapatkan hadiah raya istimewa seperti Sampul Duit Raya 1 Utama, e-Duit Raya, Set Cerek Teapot dengan Gelas dan banyak lagi. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments