Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Hans Isaac dilantik semula sebagai Pengerusi Finas

Hans Isaac kembali menyandang jawatan Pengerusi Finas

PELAKON dan penerbit Datuk Hans Isaac kembali menyandang jawatan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), berkuat kuasa 26 Mac 2025.

Hans, 54, atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac menggantikan Datuk Kamil Othman yang menyandang jawatan tersebut selama dua ahu bermua 24 Februari 2023 hingga 22 Februari 2025.

Perkembangan terkini itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib menerusi satu hantaran di laman media sosial agensi terbabit pada petang Rabu.

“Setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Datuk Gerald Hans Isaac di atas pelantikan sebagai Pengerusi Finas berkuat kuasa 26 Mac 2025,” katanya.


Terdahulu  Hans pernah dilantik memegang jawatan sama pada April 2019 sebelum menamatkan perkhidmatan Mei 2020 susulan ketidakseimbangan politik ketika itu.

Mengulas mengenai pelantikan semula ke jawatan tersebut, pelakon filem Cuci itu mengakui terharu dengan kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk terus membangunkan industri perfileman tanah air.

"Penggal berkhidmat di Perbadanan Stadium Malaysia telah pun berakhir. Kini saya akan melangkah ke dalam industri yang berjaya melonjakkan nama saya ke suatu peringkat.

"Pernah menjawat sebagai Pengerusi Finas dan terpaksa melepaskan jawatan selepas berlakunya ketidakseimbangan politik semasa itu. Berbagai manifesto yang ingin saya laksanakan di dalam industri seni selain mengangkat pejuang belakang tabir agar menerima kesamaan setanding keringat mereka.

"Kini, saya akan kembali memegang amanah sebagai Pengerusi Finas bagi penggal baharu. Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil atas kepercayaan untuk saya melaksanakan tanggungjawab di dalam Finas," ujarnya.

Pada 17 Mac lalu, Hans mengumumkan tidak lagi memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia yang dipegang sejak dua tahun lalu. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments