KEMELUT rumah tangga pasangan pelakon sensasi Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya menemui titik noktah apabila sah bercerai buat kali kedua pada Isnin.
Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, melafazkan cerai talak satu terhadap Diana di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 34, meluahkan rasa lega selepas semuanya selesai dengan cara baik dan tidak melihat perpisahan itu akan menyebabkan dia bermusuhan dengan Farid.
Menurutnya, fokus kini adalah untuk membesarkan anak-anak dan menegaskan bekas suami bebas untuk bertemu cahaya mata mereka pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan.
"Alhamdulillah, sekarang kami boleh fokus kepada anak-anak dan membina jalinan persahabatan lebih baik demi kebaikan mereka.
“Walaupun sudah berpisah, saya tak rela menjaga anak seorang diri. Saya juga tak pernah merancang untuk menyimpan anak-anak hanya untuk diri sendiri atau menyusahkan pihak bekas suami.
Pasangan selebriti popular itu dilihat sempat bersalaman antara satu sama lain sebelum meninggalkan mahkamah.
Terdahulu Farid dan Diana bercerai talak satu buat kali pertama (melalui Google Meet) pada 10 Ogos 2023, sebelum kembali rujuk selepas 21 hari berpisah. Bagaimanapun Diana memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap Farid pada 4 November tahun lalu.
Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments