Oleh: AILEEN ADAM
BEGITU sinonim dengan jenama mewah Chanel, bintang K-Pop sensasi, Jennie kini diumumkan sebagai wajah terbaharu kempen beg Chanel 25.
Anggota kumpulan Blackpink yang kini sibuk dalam rangka promosi album solo studio pertamanya, Ruby itu mengikuti jejak langkah Dua Lipa yang terlebih dahulu diumumkan sebagai duta dalam kempen sama pada Januari lalu.
Penglibatan Jennie, 29, dalam kempen tersebut dilihat bertepatan dengan populariti dan reputasinya dalam industri hiburan global, selain turut dikenali sebagai ikon dunia fesyen.
Jennie dilantik sebagai duta global Chanel sejak tahun 2017 itu ternyata memiliki energi dan pesona luar biasa setiap kali memperagakan item daripada jenama mewah itu.
Mengulas kempen terbaharu itu, selebriti jelita yang bernaung di bawah zodiac Capricorn itu berkata, keluaran beg tangan Chanel 25 mampu mengekspresikan gayanya dengan cara berbeza.
“Beg tangan Chanel 25 melambangkan kebebasan bergerak. Ia sesuai dengan pelbagai situasi dan gaya hidup saya dalam memberikan fleksibiliti dan keselesaan.
ARTIKEL LAIN:
0 Comments