Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dapur Pecah Perut, buat hal semuanya!

Dapur Pecah Perut | FOTO: RTM

SAMBIL memasak, sambil melawak. Bayangkan betapa gamatnya suasana di dapur bila baisan pelawak terkenal tanah air meluangkan masa untuk menyediakan hidangan kegemaran untuk dikongsikan dengan peminat-peminat setia mereka.

Sepanjang bulan Ramadan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) teruja menyiarkan program masakan 26 episode, Dapur Pecah Perut yang kini bersiaran di saluran Okey, setiap Isnin hingga Sabtu, jam 1 tengah hari. Bagi yang tidak berkesempatan menonton di TV, ia juga turut disiarkan menerusi aplikasi RTMKlik.

Dalam suasana penuh gelak tawa, barisan pelawak popular seperti Mark Adam, Issey, Ropie, Atu Zero, Nizam Jentik-Jentik dan Chiwan mencabar diri memasak hidangan sahur, moreh, serta berbuka puasa bersama seorang cef selebriti terkenal, Cef Deedee.

Pengisian program ini menonjolkan perbezaan berbanding program masakan lain di mana dalam episod satu hingga 13, artis undangan akan menyelesaikan cabaran memasak di studio.

Kesemua 13 orang pelawak intu akan pergi ke sebuah studio dan menyahut cabaran memasak tiga jenis hidangan untuk sajian sahur, moreh dan berbuka.

 Pelbagai gelagat lucu dapat disaksikan sehingga kecoh seisi dapur | FOTO: RTM

Penonton pastinya tidak sabar menantikan aksi mereka di 'Bilik Berdengkur' di mana selebriti komedi tersebut akan terlambat bangun sahur dan hanya berbaki hanya 15 minit sebelum masuk waktu subuh.

Mereka turut memohon bantuan cef untuk menyediakan hidangan sahur dalam waktu yang singkat agar dapat bersahur sebelum waktu imsak.

Menyusul segmen kedua, mereka akan pergi ke sebuah gerai bazar Ramadan untuk belajar dan membeli makanan yang popular untuk moreh.

Diakhiri segmen ketiga, barisan pelawak ini akan dibantu oleh cef untuk memasak menu berbuka puasa di Dapur Pecah, yang pasti akan diwarnai pelbagai kerenah lucu serta kesilapan dilakukan sepanjang sesi memasak dan memilih barang sebelum mereka berbuka puasa bersama.

Nantikan pengisian menarik dalam episod 14 hingga 26, di mana selebriti ini yang berperanan sebagai hos akan ke lokasi-lokasi menarik untuk menjelajah di samping mencari menu berbuka puasa popular di kawasan tersebut.

Mereka akan mempelajari cara memasak makanan itu di sebuah gerai pilihan lalu mengambil alih perniagaan tersebut untuk satu hari.

Saksikan juga bagaimana aksi pelawak terlibat berusaha sedaya upaya berniaga di gerai itu untuk mengutip dana bagi sebuah badan kebajikan. Di saat saat getir muncul cef untuk membantu mereka berniaga.

Pastikan anda meluangkan masa menyaksikan program-program terbaik sepanjang Ramadan ini hanya di RTM. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments