BIGO Live menzahirkan komitmen terhadap semangat memberi dan kebersamaan dengan tampil sebagai rakan dan penyokong Program Kongsi Rezeki: Tahfiz Berselawat 2025.
Inisiatif yang diterajui pelakon Putra Amaris itu bertujuan membantu meringankan beban kanak-kanak yang memerlukan.
Hasil sumbangan program disalurkan kepada Maahad Tahfiz Misbahul Falah Keramat yang menyediakan pendidikan tahfiz, serta Adina Charity Circle yang menyokong rawatan perubatan untuk kanak-kanak pesakit kanser.
Menjadi sebahagian daripada sokongan itu, Bigo Live telah menghimpunkan para pencipta kandungan tempatan untuk menyebarkan kesedaran, menyuntik kegembiraan dan menyantuni komuniti.
Seramai 10 hos Bigo Live turut serta dalam pelbagai aktiviti program termasuk majlis iftar komuniti, di mana mereka berinteraksi mesra dengan anak-anak tahfiz dan mengagihkan duit raya dalam suasana penuh kasih dan makna.
Selain itu berisan hos ini turut menyumbang kepada program dengan menyertai rakaman istimewa 'Takbir Raya' yang akan ditayangkan sempena sambutan Aidilfitri, menambahkan lagi kemeriahan Hari Raya dengan elemen penuh makna dan keikhlasan.
Bigo Live turut menyumbangkan sebanyak RM12,000 kepada Program Kongsi Rezeki sebagai sokongan terhadap pelbagai inisiatif kebajikan yang memfokuskan kepada kesejahteraan kanak-kanak.
Menurut wakil Bigo Live Malaysia, Ramadan adalah masa untuk refleksi yang mendalam dan mempererat hubungan antara sesama.
"Kami komited untuk memainkan peranan dalam menyemai semangat kebersamaan dan amalan memberi, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya.
"Bersama pencipta kandungan dan pengguna, kami menyemarakkan semangat ini melalui acara kebajikan secara dalam talian dan luar talian, serta menggalakkan masyarakat untuk turut serta demi mencipta impak yang lebih besar dan positif,” ujarnya.
Sebagai sebuah platform penstriman interaktif dan selamat, Bigo Live menyediakan pelbagai peluang kepada pencipta kandungan tempatan untuk memperluas jangkauan serta menyumbang semula kepada komuniti melalui aktiviti bermakna.
Di Malaysia, platform terbabit secara konsisten menganjurkan pelbagai acara tempatan dan serantau seperti pertandingan dalam aplikasi, siaran langsung berbilang hos serta persembahan muzik dalam dan luar talian bagi memperkukuh hubungan dengan pengguna. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments