Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Atlet badminton Ong Yew Sin, Aya Ohori selamat bertunang

Momen indah ketika Yew Sin melamar OhoriFOTO: Instagram Ong Yew Sin

Oleh: SORAYA AFNAN

MESKIPUN hubungan cinta antara kedua-dua atlet badminton ini sudah dapat dihidu sejak awal, masing-masing mengambil pendekatan untuk menyimpan rahsia dan hanya memberi fokus kepada perkembangan kerjaya.

Itulah yang menjadi pegangan pemain badminton beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin dan gadis pilihannya, Aya Ohori yang juga merupakan bekas pemain perseorangan wanita Jepun yang baru sahaja mengumumkan persaraannya pada penghujung tahun lalu ketika menduduki ranking kesembilan dunia.

Namun setelah segalanya menjadi pasti, Yew Sin, 30, dalam satu hantaran di laman Instagramnya pada pagi Khamis mengumumkan pertunangannya dengan atlet jelita itu.

Dalam hantaran sama, atlet kelahiran Melaka itu turut berkongsi foto istimewa saat dia melamar Ohori, 27, sekali gus mengundang keterujaan peminat badminton.

Yew Sin yang mengenakan pakaian serba putih dilihat melutut di hadapan teman wanitanya itu sambil menyarungkan cincin di jari kekasihnya itu. 



| FOTO: Instagram Ong Yew Sin


"Dia bersetuju (menerima lamaran). Kami tidak boleh lebih gembira untuk berkongsi ini dengan dunia. Berbeza kewarganegaraan, berbeza budaya, berbeza cara hidup.

"Kami belajar untuk menyesuaikan diri dan menerima gaya hidup masing-masing serta memahami budaya satu sama lain sepanjang beberapa tahun ini walaupun kami masih selalu bergaduh," ujarnya.

Rata-rata peminat, rakan atlet dan Menteri Belia Sukan, Hanna Yeoh turut berkongsi kegembiraan dengan perkongsian itu. Malah ruangan komen instagram pasangan ini pantas dibanjiri dengan ucapan tahniah dan menitipkan doa kebahagiaan buat mereka.

Apa yang pasti, perkembangan hubungan cinta pasangan ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat badminton tanah air meski tidak pernah disahkan oleh kedua-duanya sebelum ini.

Meski berasal dari negara berbeza, Yew Sin dan Ohori bertemu cinta di gelanggang kejohanan antarabangsa dan selebihnya adalah sejarah. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments