Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Astro Shaw dan Mirinda kongsi keberkatan Ramadan, raikan golongan tidak bernasib baik

Barisan pelakon Keluang Man, Abah Saya Uncle Mike, One Cent Thief 2, First Wives bersama wakil Astro Shaw dan Etika  | FOTO: Etika

MENGISI keberkatan Ramadan dengan penuh makna, Etika Sdn Bhd melalui jenama Mirinda tampil berkolaborasi dengan Astro Shaw meraikan 40 anak yatim dari rumah kebajikan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Rawang, Selangor dalam majlis berbuka puasa istimewa Ahad lalu.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran barisan pelakon daripada filem Keluang Man, Abah Saya Uncle Mike, One Cent Thief 2 dan First Wives.

Lebih istimewa, individu sebenar yang menginspirasi filem Abah Saya Uncle Mike, iaitu Michael Tong Wai Siong atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike turut hadir bersama tiga orang anaknya iaiu Rafei, Rasyid, dan Rahman.

Pada acara sama, turut dilancarkan treler raya rasmi Mirinda berjudul Balik Rayaaahhh! yang menampilkan menampilkan barisan pelakon daripada filem Abah Saya, Uncle Mike.

Treler raya itu mengisahkan tenang tiga anak angkat Uncle Mike yang dihantar ke rumah Mak Long di kampung bagi merasai kemeriahan Aidilfitri. Bagaimanapun ketiga-tiga mereka mereka tidak lengkap meraikan Aidilfitri tanpa Uncle Mike dan membuat satu keputusan yang mengejutkan.

Ketua Penjenamaan, Pemasaran & Pengedaran Astro Shaw, Norsalvina Alwee (kiri) dan Naib Presiden Pemasaran, Etika Sdn Bhd, Amy Gan  | FOTO: Etika

Bagi Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan, berkata, pihaknya komited untuk terus berkhidmat kepada masyarakat melalui pelbagai inisiatif yang mencerminkan nilai perpaduan dan kasih sayang.

"Kerjasama kami dengan Astro Shaw bukan hanya untuk menyampaikan semangat Raya dan kebersamaan kepada para penonton, tetapi juga untuk menyemai kemeriahan perayaan ini dalam hati kesemua anak-anak Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur pada Majlis Berbuka Puasa. Melalui pertemuan ini, kita dapat merasai keceriaan dan semangat persaudaraan yang mengukuhkan perikatan sesama kita.

"Dalam pada itu, selama beberapa dekad, Mirinda telah menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia ketika musim perayaan. Keceriaan dan kesegaran yang dibawakan oleh Mirinda melambangkan semangat Raya itu sendiri yang penuh warna-warni, penuh kegembiraan, dan penuh dengan saat-saat bermakna bersama yang tersayang.

"Semangat Raya adalah semangat jenama ini, dan kami berbangga menjadi sebahagian daripada setiap perayaan yang menyatukan keluarga dan sahabat handai," ujarnya.

Menyuntik semangat sempena sambutan Ramadan dan Syawal, Astro Shaw dan Mirinda sekali lagi melancarkan beberapa sesi interaktif, serta acara yang melibatkan masyarakat.

Aktiviti tersebut bukan sahaja membantu promosi filem baharu Keluang Man, Abah Saya Uncle Mike dan drama premium Astro Originals seperti One Cent Thief serta First Wives, tetapi mendekati penonton dan peminat dengan lebih rapat.

Tidak hanya itu, Mirinda turut membawa kemeriahan Aidilfitri ke beberapa lokasi terpilih dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi bertemu dan beramah mesra bersama barisan pelakon popular.

Orang ramai juga berpeluang memenangi e-Duit Raya berjumlah RM260,000 dengan menyertai kempen raya Merinda yang bermula 1 Mac sehingga akhir April ini.

Norsalvina dan Amy Gan menyampaikan sumbangan duit raya serta hamper kepada anak-anak yatim dari rumah kebajikan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Rawang  | FOTO: Etika

Nantikan filem aksi Keluang Man yang akan temui penonton di pawagam bermula 29 Mei 2025, dan filem yang diinspirasikan daripada kisah sebenar, Abah Saya Uncle Mike pada Ogos depan.

Sementara drama premium terbaharu, First Wives pula akan mula bersiaran pada 11 April depan di Astro Go, On Demand serta saluran Astro Ria jam 9 malam. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments