Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Yayasan MR D.I.Y. sebar keriangan ‘Ular-lar’

Alex Goh, Timbalan Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. (tengah), bersama para sukarelawan dari Yayasan MR D.I.Y. menyerahkan sumbangan kepada Yayasan Sunbeams Home di Cheras, Kuala Lumpur | FOTO: MR D.I.Y

MAHU berkongsi kegembiraan bersama, Yayasan MR D.I.Y.  memastikan para penghuni rumah kebajikan dan pusat jagaan di seluruh negara tidak ketinggalan untuk menikmati kemeriahan perayaan dengan membawa keceriaan kepada mereka.

Tahun Baru Cina kali ini tidak terkecuali, apabila pasukan yayasan terbabit menyebarkan keriangan perayaan kepada para penghuni di 14 rumah kebajikan di seluruh negara melalui inisiatif mesra 'Ular-lar'.

Para sukarelawan Yayasan MR D.I.Y. telah menyampaikan kotak kebajikan 'Ular-lar' kepada pelbagai rumah kebajikan termasuklah rumah anak yatim, rumah warga emas, dan pusat jagaan individu berkeperluan khas.

Kotak tersebut mengandungi pelbagai barangan keperluan harian dan cenderahati Tahun Baru Cina. Malah inisiatif ‘Ular-lar’ oleh Yayasan MR D.I.Y. kali ini telah memberi manfaat kepada hampir 700 individu.

Di Yayasan Sunbeams Home, sebuah rumah anak yatim di Cheras, Kuala Lumpur, suasana menjadi lebih meriah dengan kehadiran pasukan yayasan yang menganjurkan pelbagai permainan, menari tarian Tahun Baru Cina ‘Ular-lar’ MR D.I.Y. bersama para penghuni, dan membantu menghias rumah kebajikan tersebut sempena musim perayaan.

Mereka juga mengadakan sesi tradisi 'Lou Sang', di mana Timbalan Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, turut menyerahkan baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM3,000 kepada rumah tersebut untuk membeli keperluan harian mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin berkata, Tahun Baru Cina memberi penekanan kepada menyatukan keluarga, rakan-rakan, dan insan tersayang.

"Di Yayasan MR D.I.Y., misi kami adalah memastikan tiada siapa yang ketinggalan untuk menikmati kegembiraan perayaan ini.

“Pasukan kami telah melangkah lebih jauh tahun ini dengan membawa semangat ‘oooh-la-la’ ke dalam perayaan melalui inisiatif ‘Ular-lar’.

"Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada rumah-rumah kebajikan di seluruh Malaysia atas kerjasama mereka dalam menjayakan usaha untuk menjadikan perayaan ini lebih bermakna untuk para penghuni mereka," ujarnya.

Yayasan MR D.I.Y. di Peace & Harmony Home in Jelutong, Pulau Pinang | FOTO: MR D.I.Y

Para sukarelawan dari Yayasan MR D.I.Y. bergambar di Tian Hou Chinese Temple di Kuala Terengganu | FOTO: MR D.I.Y

Antara rumah kebajikan dan organisasi yang menerima sumbangan Tahun Baru Cina daripada Yayasan MR D.I.Y. ialah Beringin Nursing Home, Batu Berendam, Melaka; Persatuan Kebajikan Orang Tua Ceria Johor Bahru, Johor; Peace & Harmony Home, Jelutong, Pulau Pinang; Galeri Komuniti Peranakan Cina Kelantan, Tanah Merah, Kelantan; Tian Hou Chinese Temple, Kuala Terengganu dan Rapha Children’s Home, Kuantan, Pahang.

Diikuti Persatuan Rumah Dan Perkhidmatan Cheshire Sabah, Kota Kinabalu, Sabah; PPDK Sentuhan Kasih Kuching, Kuching Sarawak; Bethel Hill Old Folks Home Kuala Nerang, Kedah; Pertubuhan Amal Charis Mantin Negeri Sembilan Mantin, Negeri Sembilan; Perlis Volunteer Action Community (PVAC) Kangar, Perlis; Hope Mission Home Teluk Intan, Perak dan Persatuan Rumah Caring Kajang, Selangor.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Tahun Baru Cina MR D.I.Y., boleh lawati laman web  www.mrdiy.com.my- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments