Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Wanna Ali selamat bergelar isteri

Hanya dengan sekali lafaz, Wanna sah bergelar isteri kepada Khairul Amri | FOTO: Instagram Wanna Ali

PELAKON Wanna Ali kini bergelar isteri setelah selamat disatukan dengan lelaki pilihannya, Khairul Amri Tan Sri Khalid dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Petaling Jaya pada pagi Ahad.

Pemilik nama sebenar Norsyazwana Mohd Ali, 28, dinikahkan jurunikah, Ustaz Abdus Salam Mahmud dengan berwalikan bapanya, Mohd Ali.

Pada majlis ijab dan kabul yang diadakan secara tertutup itu, Wanna yang anggun dalam persalinan serba putih rekaan Ezuwan Ismail menerima mas kahwin berupa 10 dinar emas dan sebentuk cincin.

Anak kepada penerbit terkenal, Datuk Ayu Puteh itu juga menerima tujuh dulang hantaran dan berbalas sembilan. Sementara jumlah wang hantaran tidak dikongsi kepada umum.

"Alhamdulillah, saya lega sangat. Ini adalah detik yang saya tunggu-tunggu sejak sekian lama. Alhamdulillah, akhirnya jadi kenyataan," ujarnya sebagaimana dilaporkan media.

Terdahulu pada 2 Februari, Wanna mengumumkan telah mengikat tali pertunangan dengan Khairil yang juga anak kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 9 November tahun lalu.

FOTO: Instagram Wanna Ali

Difahamkan majlis resepsi pasangan itu akan diadakan pada sebelah malam di lokasi sama dengan bertemakan tradisional. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments