Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Umum nama baharu, NewJeans kini dikenali sebagai NJZ



Oleh: AILEEN ADAM

SETELAH terheret dengan kontroversi tidak dijangka bersama bekas syarikat pengurusan sebelum ini, kumpulan K-Pop sensasi, NewJeans kini rasmi menukar nama kepada NJZ.

Nama baharu itu berikutan penjenamaan semula kumpulan yang dianggotai oleh Minji, Hanni, Danielle, Haerin dan Hyein itu yang kini di bawah pengurusan baharu, ComplexCon. Serentak itu juga, NJZ turut menukar 'handle' akaun Instagram rasmi mereka dengan nama baharu.

Pengumuman yang dilakukan pada Jumaat itu turut memberi isyarat kepada peminat bahawa mereka ini bersedia untuk kembali tampil beraksi.

NJZ dijadualkan mengadakan persembahan sulung mereka menggunakan nama baharu itu pada 21 hingga 23 Mac depan di konsert Complexlive yang akan diadakan di Hong Kong.

Terdahulu Newjeans dalam kenyataan pada November 2024 berkata, kumpulan itu memutuskan untuk menamatkan kontrak dengan syarikat rakaman Ador.

Ador merupakan anak syarikat di bawah pengurusan Hybe yang terkenal dengan kumpulan sensasi BTS.

Dalam kenyataan sama, mereka turut menyantuh mengenai layanan yang tidak memuaskan serta pengurusan yang lemah daripada kakitangan syarikat terbabit.

Ador bagaimanapun menolak keputusan Newjeans sekali gus menekankan bahawa kontrak masih aktif dan ia tidak boleh dibatalkan sesuka hati.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments