Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tuah Cowboy Carter, Beyoncé akhirnya menang Album Terbaik Anugerah Grammy ke-67


Oleh: SORAYA AFNAN

SETELAH beberapa terlepas peluang, penyanyi Beyoncé akhirnya berjaya memenangi trofi Album Terbaik menerusi album Cowboy Carter pada Anugerah Grammy ke-67 yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS), pada Isnin.

Pemilik nama sebenar Beyoncé Giselle Knowles itu mendahului dengan 11 pencalonan, sekali gus menjadikan dirinya penyanyi paling banyak dicalonkan dalam sejarah penganjuran acara pengiktirafan berprestij itu dengan jumlah keseluruhan 99 pencalonan dan 35 kemenangan.

Bagaimanapun bintang berusia 44 tahun itu belum pernah menang untuk kategori Album Terbaik, sebelum ia menjadi kenyataan pada edisi kali ini sekali gus mencipta sejarah paling manis dalam karier seninya.

Untuk kategori utama itu, Beyoncé menewaskan Taylor Swift yang dicalonkan menerusi album The Tortured Poets Department, Sabrina Carpenter (Short n' Sweet), Andre 3000 (New Blue Sun), Charli xcx (Brat), Jacob Collier (Djesse Vol 4), Billie Eilish (Hit Me Hard and Soft) dan Chappell Roan (The Rise and Fall of a Midwest Princess).

Tidak hanya itu, Beyoncé turut bawa pulang trofi bagi kategori Album Country Terbaik dan Persembahan Duo atau Berkumpulan Terbaik bersama Miley Cyrus menerusi lagu II Most Wanted.

Album Cowboy Carter yang dilancarkan Mac tahun lalu juga menyaksikan Beyoncé menjadi wanita penyanyi kulit hitam pertama yang menenangi anugerah Album Country Terbaik selepas 50 tahun.

"Saya berasa sangat berbesar hati menerima anugerah ini. Sudah bertahun-tahun akhirnya berjaya saya miliki.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Grammys, setiap penulis lagu, pihak yang berkolaborasi dan penerbit di atas kerja keras mereka,” ujarnya.

Sementara itu, rapper Kendrick Lamar pula membawa pulang lima trofi bagi kategori Lagu Terbaik, Rakaman Lagu Terbaik, Lagu Rap Terbaik, Persembahan Rap Terbaik dan Video Muzik Terbaik menerusi lagu Not Like Us.

Dalam pada itu, Billie Eilish dan Taylor Swift yang masing-masing menerima tujuh dan enam pencalonan itu pulang dengan tangan kosong apabila tewas dalam semua kategori terbabit. - 7KLIK

Kendrick Lamar

Sabrina Carpenter

Lady Gaga & Bruno Mars


Senarai pemenang utama

Album Terbaik:
Cowboy Carter (Beyonce)

Rakaman Terbaik:
Not Like Us (Kendrick Lamar)

Lagu Terbaik:
Not Like Us (Kendrick Lamar)

Artis Baharu Terbaik:
Chappell Roan

Duo Pop Terbaik:
Lady Gaga & Bruno Mars (Die With a Smile)

Solo Pop Wanita Terbaik:
Sabrina Carpenter (Espresso)

Persembahan R&B Terbaik:
Saturn (SZA)

Persembahan Rock Terbaik:
Now and Then (The Beatles)

Persembahan Rap Terbaik:
Not Like Us (Kendrick Lamar)

Muzik Video Terbaik:
Not Like Us (Kendrick Lamar)

Lagu Rock Terbaik:
Broken Man (St. Vincent)

Lagu Rap Terbaik:
Not Like Us (Kendrick Lamar)

Album Pop Terbaik:
Short n’ Sweet (Sabrina Carpenter)

Album Rap Terbaik:
Alligator Bites Never Heal (Doechii)

Album Country Terbaik:
Cowboy Carter (Beyonce)

Album R&B Terbaik:
11:11 (Chris Brown)

Album Rock Terbaik:
Now and Then (The Beatles)

Album Latin Terbaik:
Las Mujeres Ya No Lloran (Shakira)

Album Dance/Elektronik Terbaik:
Brat (Charli xcx)


ARTIKEL LAIN:


Post a Comment

0 Comments