PENYANYI Liza Aziz menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada konsert malam kemuncak yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.
Liza atau nama lengkapnya Norliza Abdul Aziz, 62, yang menampilkan persembahan konsisten sepanjang bertanding di GV11 meneruskan kecemerlangan pada pentas akhir dengan persembahan mantap ketika membawakan lagu I Surrender nyanyian asal Celine Dion untuk segmen solo, selain berpadu suara dengan Kridayanti menerusi lagu Cinta.
Tidak hanya itu, penyanyi lagu Bermula Cerita ini turut menampilkan aksi bertenaga pada segmen 'battle' berentap bersama Ning Baizura, Sheila Abdul dan Zehra Zambri menerusi lagu Angkat (Mimi Fly).
Kemenangan itu sekali gus melayakkan Liza membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000 beserta trofi.
"Alhamdulillah, akhirnya kini pasti saya menang. Terima kasih kepada keluarga dan team saya yang banyak membantu.
"Terima kasih juga kepada semua peminat. Kepada semua yang suka dan tak suka saya, terima kasih banyak-banyak," katanya sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang.
Sementara itu, Ning Baizura yang tampil memberikan saingan sengit bergelar naib juara dan menerima hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi, manakala tempat ketiga dimenangi Shiela Abdull dengan meraih RM30,000 beserta trofi.
Diikuti Dadali Dyrga, Zehra Zambri dan The Lima yang masing-masing berpuas hati di tempat keempat, kelima dan keenam.
Diikuti Dadali Dyrga, Zehra Zambri dan The Lima yang masing-masing berpuas hati di tempat keempat, kelima dan keenam.
Shiela Abdull, Liza Aziz dan Ning Baizura |
Kesemua peserta yang bertanding di pentas akhir GV11 diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap.
Selain enam finalis tersebut, peserta lain yang turut bersaing dalam GV11 ialah Nai Dinamik, Inka Christie,Yazid Lovehunters, Ila Sabri, Reshmonu, Arrora Salwa, Fairuz Selamat dan Ronnie Hussien.
Pentas akhir turut dimeriahkan dengan persembahan Datuk Jamal Abdillah, Krisdayanti, Pasha Ungu, Jaclyn Victor, Taufik Batisah dan kumpulan Dolla.
GV11 yang dihoskan pasangan pengacara serasi, Nabil Ahmad dan Sherry AlHadad itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) setiap Ahad, jam 9 malam bermula 24 November lalu. - 7KLIK
Kedudukan dan markah finalis GV11
Juara
Liza Aziz: 77.89%
Naib Juara
Ning Baizura: 71.04%
Tempat ketiga
Sheila Abdull: 66.61%
Tempat keempat:
Dadali Dyrga - 66.23%
Tempat kelima
Zehra Zambri: 64.38%
Tempat keenam
The Lima: 63.42%
0 Comments