Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Spritzer rangkul anugerah Platinum, pengguna iktiraf jenama pilihan minuman tanpa alkohol

Spritzer Berhad menerima anugerah Platinum pada Putra Brand Awards 2024 | FOTO: Spritzer

SYARIKAT air mineral terkemuka Malaysia, Spritzer Berhad menerima anugerah Platinum pertamanya sebagai jenama pilihan dalam kategori ‘Minuman – Tanpa Alkohol’ pada Putra Brand Awards 2024 setelah sembilan tahun menyertai anugerah berprestij tersebut.

Kejayaan cemerlang buat Spritzer itu datang selepas lapan tahun berturut-turut meraih anugerah emas, perak dan gangsa.

Anugerah tersebut diterima oleh Pengurus Besar Spritzer, Dr. Chuah Chaw Teo dalam majlis yang berlangsung baru-baru ini.

“Spritzer sangat berbesar hati dengan pengiktirafan yang amat berharga ini daripada rakyat Malaysia. Jenama kami telah berada di pasaran tempatan selama lebih tiga dekad, bermula dari kawasan yang kaya dengan sumber alam semula jadi di Taiping, Perak.

"Perjalanan ini bermula dengan matlamat daripada pengasas Spritzer iaitu menyediakan air mineral semula jadi yang tulen, diperolehi dari kawasan hutan seluas 430 ekar, dan pada masa sama dapat melindungi sumber yang tidak ternilai ini.

“Pengiktirafan yang diterima hari ini adalah hasil daripada komitmen kami dalam usaha memenuhi keperluan pelanggan kami, kerja keras pasukan dan kerjasama erat yang terjalin selama ini.

"Semua faktor ini memainkan peranan penting dalam usaha membina sokongan dan kepercayaan daripada para pengguna. Kami mendedikasikan anugerah ini kepada semua yang telah menyokong dan mempercayai kami selama ini,” katanya.

Sebagai platform utama bagi pengiktirafan jenama Malaysia, Putra Brand Awards meraikan pembinaan jenama sebagai pelaburan penting dalam perniagaan, yang dinilai menerusi pilihan pengguna.

Dengan menjadi pilihan lebih 6,000 pengguna, pengiktirafan terbaharu Spritzer ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju sektor minuman dan jenama yang paling dekat di hati rakyat Malaysia.

FOTO: Spritzer

Sepanjang tempoh 35 tahun yang lalu, jenama Spritzer sinonim dengan kualiti, kemampanan, dan inovasi dalam industri air botol.

Kejayaan berterusan itu membuktikan daya tahan jenama, kemampuan menyesuaikan diri, dan keupayaannya mengekalkan kepercayaan pengguna dalam pasaran yang sentiasa berkembang.

Spritzer akan kekal komited untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia.

Putra Brand Awards telah diperkenalkan pada tahun 2010 oleh Association of Accredited Advertising Agents Malaysia dengan kerjasama Malaysia’s Most Valuable Brands.

Ia merupakan satu-satunya anugerah jenama di negara ini yang disokong oleh MATRADE dan kekal sebagai pengiktirafan paling berprestij untuk jenama pilihan pengguna di Malaysia.

Anugerah itu menjadi bukti kekuatan dan pengaruh sesebuah jenama yang berjaya meraih kepercayaan dan kesetiaan pengguna di negara ini. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments