SEMPENA perilisan musim ketiga siri HBO Original, The White Lotus, Max telah mengadakan acara tayangan perdana naskhah popular itu di IconSiam, Bangkok, Thailand baru-baru ini.
Acara itu meriah dengan kehadiran barisan bintang utama siri itu termasuk Jason Isaacs, Patrick Schwarzenegger, Lalisa Manobal, Mike White, Natasha Rothwell, Parker Posey, Sarah Catherine Hook, Sam Nivola, Thyme Thapthimthong dan lain-lain.
Sebelum tayangan perdana bermula, bintang-bintang ternama itu turut melewati 'Green Carpet' dan menyapa peminat yang turut meraikan musim baharu siri itu.
Penampilan Lisa curi perhatian ramai | FOTO: MAX & HBO |
Antara yang mencuri perhatian pastinya Lalisa Manobal atau Lisa Blackpink yang juga merupakan selebriti asal Thailand yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang lakonan.
Musim terbaharu The White Lotus menyaksikan bintang kebanggaan Thailand itu membawakan watak sebagai Mook, seorang mentor kesihatan yang bekerja di sebuah resort di negara itu.
Tayangan perdana siri itu yang berlangsung di Icon Cineconic turut membawa tetamu menaiki bot menikmati keindahan di sepanjang sungai Chao Phraya dan acara 'After Party' di Four Seasons Bangkok.
The White Lotus musim ketiga kini dapat disaksikan di Max. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments